JUM MELANCUNG


widgeo.net<>

Pendafratan



counter

Ahad, 15 Februari 2015

Kerabu pucuk kaduk




Bahan2nya

Seikat pucuk kaduk
2 ekor ikan kembung (direbus)
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
garam, cili merah, belacan, asam jawa dan sedikir air limau nipis.

Larutkan garam, belacan dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik dan santan biar sebati. Campurkan dengan pucuk kaduk yang sudah dihiris dan dicelur (celur sekejap sahaja).
Sebatikan lagi bersama isi ikan rebus,bawang merah hiris, cili merah dan air limau nipis.

Sejak ada blog ni, aku dah makin pandai buat kerabu. He he. Dulu2 nak mengingat apa bahan untuk dicampurkan ke dalam kerabu tu agak susah. Sebab aku pikir ia merenyahkan.
Ada kerabu yang aku buat sebelum ni rasa pelik. Pedaq kata orang Kedah. Rasanya sebab aku dah terlebih masukkan bawang besar. Bila pi cerita kat kawan aku, dia cakap mak dia kata, lepas
hiriskan bawang besar, perah dan basuhlah dulu bawang besar tu sebelum dicampurkan ke dalam kerabu. Nantilah aku praktikkannya untuk my coming soon kerabu.

Sekarang ni dah jadi hobi mengutip pucuk mengkudu dan pucuk kaduk untuk dikerabukan. Yelah. Dah ada pucuk mengkudu dan pucuk kaduk jer yang sangat rajin duk menyulur pucuknya kat depan pintu dapur rumah aku ni. Kalaulah ada pucuk cekur, cekurlah pulak yang akan aku kerabukan agaknya. hehe.

Asal :  Copy

Lawatan Ke : Turki
                         Ke Beijing
 

Ulam dan Khasiat Pucuk dan Buah Putat



Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun.


Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh. 
Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.
Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.
Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.

Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

Lawatan : Ke Turki
                Ke Beijing

Ikan Masak Nenas...

 
 Gambar hiasan

Bahan-bahan

Ikan air tawar...
1/2 kg ikan, disiang dan dibersihkan
(sebaigusnya dengan air asam/limau nipis)
1 biji nenas, kupas dan potong2
sedikit daun kesum
1 sudu makan ketumbar
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Air 500ml untuk kuah

Bahan-bahan perlu di kisar

3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili besar (merah)
5 biji cili padi merah

Cara-cara membuatnya

Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nenas. Kacau rata dan masak sebentar. Kemudian, masukkan 500 ml air masak sehingga mendidih, baru masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali tambahkan daun kesum. Bila ikan masak, dah boleh dihidangkan.

Lawatan : Ke Turki
                  Ke Beijing

Jumaat, 23 Januari 2015

9D7N ISTANBUL/BURSA/PAMUKALLE/CAPPODOCIA/ANKARA BOLU/ISTANBUL (18 - 26 APRIL 2015)




 (DEWASA:RM 4890.00)


Hari 1

ISTANBUL-BURSA
·         Tiba di Atartuk Airport, Istanbul disambut oleh wakil kami dan dibawa terus ke Bursa
·         Daftar masuk hotel
·         Makan Malam di hotel
·         Solat Jamak dan Qasar di Hotel
·         Bermalam di Bursa



MM

Hari 2

BURSA – PAMUKKALE
·         Sarapan pagi di hotel
·         Melawat GREEN MOUSELOUM, GRAND MOSQUE,GREEN MOSQUE,SILK BAZAAR
·         Makan tengahari di Restoran Tempatan
·         Solat Jamak dan Qasar di Restoran Tempatan
·         Meneruskan perjalanan ke Pamukkale
·         Daftar Masuk Hotel
·         Makan Malam di hotel
·         Bermalam di Pamukkale



SP/MT/MM

Hari 3

PAMUKKALE – CAPPADOCIA
·         Sarapan pagi di hotel
·         Melawat HIEROPOLIS,COTTON CASTLE
·         Makan tengahari di Restoran Tempatan
·         Solat Jamak dan Qasar
·         Meneruskan lawatan ke Cappadocia
·         Daftar masuk hotel
·         Makan malam di hotel
·         Bermalam di Cappadocia

   
SP/MT/MM

Hari 4

CAPPADOCIA
·         Sarapan pagi di hotel
·         Meneruskan lawatan ke MEVLANA MUSEUM, CARAVANSARAI EN ROUTE
·         Makan tengahari di restoran tempatan
·         Solat Jamak dan Qasar di restoran tempatan
·         Membeli belah di kedai Jewellery & Kedai Karpet
·         Meneruskan lawatan ke GOREME VALLEY & OPEN AIR MUSEUM, KAYMAKLI UNDERGROUND CITY,UCHISAR CITADEL
·         Bermalam di Cappadocia



SP/MT/MM

Hari 5

CAPPADOCIA – ANKARA - BOLU
·         Sarapan pagi di hotel
·         Meneruskan perjalanan ke Bolu melalui Ankara
·         Tiba di Ankara dan membuat lawatan ke ANITKABIR (MAUSOLEUM OF KEMAL ATATURK)
·         Makan tengahari di restoran tempatan
·         Solat Jamak dan Qasar di restoran tempatan
·         Meneruskan perjalanan ke BOLU
·         Daftar masuk hotel
·         Makan malam di restoran tempatan
·         Bermalam di Bolu


SP/MT/MM

Hari 6

BOLU – ISTANBUL
·         Sarapan pagi di Hotel
·         Meneruskan perjalanan ke Istanbul
·         Tiba di Istanbul Dan daftar masuk hotel
·         Meneruskan lawatan ST.SOPHIA/TOPKAPI PALACE/ HIPPODROME/BLUE MOSQUE
·         Makan tengahari di restoran tempatan
·         Solat Jamak dan Qasar di masjid tempatan
·         Membeli belah di sekitar Istanbul
·         Makan Malam di restoran tempatan
·         Bermalam di Istanbul

SP/MT/MM

Hari 7

ISTANBUL
·         Sarapan pagi di Hotel
·         Melihat keindahan bandaraya Istanbul dengan panduan dari pemandu pelancung kami
·         Menyusuri Bosphorus Strait dengan bot awam
·         Makan tengahari di restoran tempatan
·         Solat Jamak dan Qasar di Masjid Tempatan
·         Meneruskan lawatan ke AYYUB AL ANSARI NEW MOSQUE,RUSTEMPASA MOSQUE,SULEYMANIYE MOSQUE
·         Bermalam di Istanbul

SP/MT/MM

Hari 8

ISTANBUL
·         Sarapan pagi di hotel
·         Membeli belah di Grand Bazaar
·         Makan tengahari di restoran tempatan
·         Dibawa ke airport untuk penerbangan lewat  petang

SP/MT

Hari 9

KUALA LUMPUR
Dijangka tiba Kuala Lumpur pada 14.10 petang


JADUAL PENERBANGAN

SEKTOR
KOD AIRLINES
ETD
ETA
KUL/DOH
QR 845
0925
1210
DOH/IST (SAW)
QR 237
1330
1720
IST (SAW)/DOH
QR 244
1835
2340
DOH/KUL
QR 848
0135
1410

HARGA PAKEJ DIATAS TERMASUK:
·         Tiket penerbangan antarabangsa pergi & balik
·         Cukai Lapangan & Fuel Surcharge
·         Penginapan 2 orang sebilik
·         Sarapan Pagi di hotel
·         Makan Tengahari di Hotel/Restoran Tempatan
·         Makan Malam di Hotel/Restoran Tempatan
·         Tiket Masuk untuk semua tempat lawatan

HARGA PAKEJ DIATAS TIDAK TERMASUK:
·         Perbelanjaan Peribadi
·         Kembara Pilihan (optional tour)-BOSPHORUS CRUISE (USD60) dan HOT Ballon di Cappodocia (USD 250)
·         Tipping untuk Pemandu Bas dan Pemandu Pelancung – USD5 per day/per person



Hotel-hotel:
Istanbul  : SHERATON MASLAK 5 * ATAU SETARAF
Bursa     : ALMIRA HOTEL 5* ATAU SETARAF
Pamakkale: COLOSSAE HOTEL 5* ATAU SETARAF
Cappadocia: SUHAN HOTEL 5* ATAU SETARAF
Bolu       : KORU HOTEL 4* ATAU SETARAF

NOTA:
DEPOSIT: RM1800.00 SEORANG
BAYARAN PENUH (BAKI PAKEJ) PERLU DIJELASKAN 45 HARI SEBELUM BERLEPAS
DAN SALINAN PASSPORT MASIH SAH LAKU 6 BULAN

Lagi Lawatan : Kesini

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...