Sabtu, 22 Februari 2014

Cara Membuat Pais Pisang (Banjar)

Berikut ini adalah resep masakan pais pisang :
Bahan :
- 5 biji buah pisang raja (yang sudah ranum)
- 30 gm gula merah
- 70 gm gula pasir
- 150 gm tepung sagu
- 150 gm kelapa parut yang setengah tua
- garam secukup rasa
- daun pisang untuk membungkus

Cara membuat :

  1. Haluskan pisang (lenyek2) campurkan  gula pasir dan gula merah.
  2. Tambahkan tepung (sama ada tepong sagu,gandum,beras) kelapa parut kasar dan garam. Aduk hingga rata.
  3. Ambil daun pisang yang sudah di berikan . Ambil adonan pisang dan masuk kan dalamdaun pisang tadi dan di gulung, semat ujungnya dengan lidi supaya adunan tidak keluar.
  4.  Kukus dalam kukusan sampai masak.

Pais Ikan Kembong (Pedas)



BAHANN-BAHANNYA :
2 ekor ikan kembong saiz besar
1 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca teh pes asam jawa
6 camca besar penuh kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun kunyit
Daun pisang secukupnya, cuci, lap kering dan layur atas api hingga lembut

BAHAN-BAHAN REMPAH :
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
2 biji cili merah
10 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih dan kelar2 sedikit. Tabur sedikit garam dan ketepikan. Sementara itu tumbuk halus semua bahan2 untuk rempah. Masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga kelapa parut hancur dan bersatu dengan bahan2 lain. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang, gaul hingga rata dan ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun pisang (kurang lebih berukuran 12 inci X 20 inci) yang telah dilayur lembut. Letak sehelai daun kunyit atasnya. Ambil 1/4 bahagian rempah, ratakan atas daun kunyit tadi. Letak seekor ikan kembong, ratakan lagi 1/4 bahagian rempah. Bungkus dengn daun pisang kemdian semat kiri dan kanan bungkusan dengan lidi pencungkil gigi yang bersih. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi. 
  3. Panaskan kuali atau oven, dan bakar pais tadi. Sebab che mat guna kuali ajaib, masa membakar kurang lebih 8 - 10 minit untuk setiap bahagain. Bila masak, boleh hidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga bakar dalam non-stick pan, guna api kecil dan tutup permukaan pan dengan tudung periuk. Kalau guna oven, guna suhu kurang lebih 200C. Dan jika nak lebih asli dan authentic, anda boleh bakar atas bara api. Idea pais ini juga sesuai kalau anda nak buat bbq. buat lebih, siap2 bungkus dengan daun pisang dan kemudian balut dengan aluminium foil, simpan dalam peti sejuk. Tak usah bimbang jika ia sedikit berair, ini akan menjadikan pais anda lembap selepas dibakar dan rasanya lebih enak...Selamat mencuba!!...

Malacca

St. Paul's Church is a historic church building in Malacca, Malaysia that was originally built in 1521. It is located at the summit of St. Paul's Hill and is today part of the Malacca Museum Complex comprising the A Famosa ruins, the Stadthuys and other historical buildings.

























Jumaat, 21 Februari 2014

Senarai 10 Pulau Paling Terkenal Dan Tercantik Di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati.

Berikut Merupak Senarai 10 Pantai Tercantik di Malaysia

1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang
Kredit Gambar : wikipedia.com

Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.

2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu
Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam.

Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.

Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.

3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah
Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.

Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.

4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.

Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut

5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah
Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.

Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.

Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.
Info lanjut , Info Lanjut II

6. Pantai Pulau Manukan , Sabah
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.

7. Pantai Pulau Sapi, Sabah
Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut

8. Pantai Pulau Mabul, Sabah
Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.

Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.

Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut

9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor
Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.

Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut

10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu
Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini.

Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang.

Rabu, 19 Februari 2014

PECHEL LELE




Kali ni saya nak kongsikan satu lagi resipi kegemaran keluarga saya... pechel lele.. iaitu pechel ikan keli..... Masakan orang jawa.. tapi orang Terengganu pun suka makan tau... jangan marah!!

Masaknya pun mudah.. ikan keli yang dibersihkan dan dikelar2.. Kemudian digaul garam kunyit dan dibakar sampai masak... (nak goreng pun boleh).

Untuk menyediakan kuahnya, isi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk lumat dan dicampur ke dalam santan pekat.. Tambah asam keping dan garam secukup rasa.  masak sampai mendidih..  Campurkan hirisan daun cekur ke dalam kuah. Siramkan ke atas ikan keli yang telah dibakar tadi... Siap!!

nota : selain ikan keli, ikan pari atau ayam pun boleh dimasak dengan cara begini.. tapi jgn panggil pechel lele tau.. lele tu untuk ikan keli aja..  

Isnin, 17 Februari 2014

Mandai (Masakan Banjar)



Kalau di Kelantan terkenal dengan nasi kerabu dengan budunya, Terengganu dengan keropok lekor...Pahang dengan gulai  asam rom, atau patin sungai masak tempoyak... manakala Johor dengan masakan asam pedasnya, Negeri Sembilan pula popular dengan masak lomak cili api... , Penang dengan nasi kandar  atau Char Koay Teow...Kedah pun tak kurang hebat.. ikan pekasam, laksa asam... Perak dengan gulai tempoyak ikan sungai...Melaka pula terkenal dengan belacan dan cencaluk...

Hmmm...pendek kata, Malaysia ni memang unik, belum termasuk dengan Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan suku kaum yang pelbagai.. dengan makanan yang pelbagai gaya dan rupa....semuanya sedap dan punya keunikan tersendiri.. memang semuanya hebat!! Memang tak larat  nak tulis kat sini, tujuh hari tujuh malam memang tak habis lagi....Sebagai penutup cerita, kalau kita dicampakkan ke mana2 tempat sekalipun di dalam Malaysia ni, jangan risau  pasal nak cari makan.. kat mana2 je, memang macam2 ada... dan yang penting sekali...HALALAN TOYYIBA....
Di sini, saya nak kongsikan satu lagi  hidangan unik yang ada di dalam negara kita.. iaitu Mandai....  Mandai ialah kulit cempedak atau kulit nangka yang dibuat jeruk.  Hanya orang jawa keturunan Banjar sahaja yang tahu membuat dan makan mandai ni..  Saya tahu dan pandai makan mandai ni sebab ada salah seorang ahli keluarga saya yang berkahwin dengan orang Banjar... pernah belajar buat mandai ni, tapi masa tu tak berapa menjadi... 

Untuk pengetahuan kawan2... mandai ni lebihkurang macam lobak asin, tapi mandai ada keunikan sendiri, dari segi rasa.. ada rasa masin dan manis aroma cempedak..  Saya buat mandai minggu lepas, kebetulan makcik saya datang dan bawak buah  cempedak.. Isinya digoreng dan kulitnya saya kupas, untuk dibuat mandai.
 

Terima kasih kepada rakan facebook saya Waheeda Wagiran, yang beri tunjuk ajar cara2 buat mandai ni.   Jeruk kulit cempedak atau mandai ni sedap digoreng begitu aje, campur dengan hirisan bawang besar, cili merah... (saya guna cili padi) dan ikan bilis atau udang kering.  Goreng kering2 dengan minyak sedikit.  Kemudian makan dengan nasi panas..  Mandai ni juga boleh dicampur ke dalam masak lemak cili api ikan, biasanya ikan darat atau ikan sungai..

Cara2 Membuat Mandai

Kulit cempedak, dibuang kulit luar dan dipotong kecil.  Kemudian dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam balang.   Sediakan air dan garam secukupnya dan dimasak hingga mendidih.  Apabila dah suam2 kuku, masukkan ke dalam balang yang diisi dengan kulit cempedak tadi.  Tutup balang dan peram sehingga seminggu, baru boleh digunakan. Selepas seminggu, kulit cempedak dah jadi keras dan agak masin.  Jadi, jika hendak dimasak, perlu direndam di dalam air dan perah kering2 untuk membuang masinnya.   

Sabtu, 15 Februari 2014

Jeju Island South Korea

Wilayah Jeju atau Jeju-do adalah satu-satunya wilayah pemerintahan sendiri khas di negara Korea Selatan. Wilayah ini terletak di Pulau Jejuiaitu di selatan wilayah Jeolla Selatan. Ibu kotanya ialah Bandaraya Jeju. Wilayah ini dahulunya adalah sebahagian daripada wilayah Jeolla Selatansebelum ia berpisah pada tahun 1946.
Dialek yang digunakan di wilayah ini ialah loghat Jeju. Dialek ini sangat berbeza dengan dialek di bahagian tanah besar Korea dan ia sangat menyerupai bahasa Jepun. Ini disebabkan oleh hubungan kebudayaan dan sejarah yang sangat erat dengan Jepun pada masa dahulu

Bahagian Pentadbiran

Sehingga tahun 2005, Wilayah Jeju terbahagi kepada dua buah bandar raya (시, si) iaitu Jeju dan Seogwipo serta dua buah kaunti (군, gun) iaituBukjeju (Utara Jeju) dan Namjeju (Selatan Jeju). Dua bandar raya tersebut dibahagikan lagi kepada 31 buah kejiranan (dong) dan 2 kaunti itu pula dibahagi kepada 7 buah pekan (읍, eup) dan 5 daerah (myeon). Pekan dan daerah tadi dibahagi lagi kepada 551 buah kampung (ri).
Pada tahun 2005, dua buah kaunti dalam wilayah ini iaitu Bukjeju dan Namjeju telah dicantumkan kepada bandaraya Jeju dan Seogwipo masing-masing hasil daripada pungutan suara terhadap penduduk Jeju.
Peta#NamaHangul / HanjaBil. penduduk (2010)Jenis pentadbiran
Jeju-do sub map.png
1Bandaraya Jeju제주시 / 濟州市401,192Bandar raya
2Bandaraya Seogwipo서귀포시 / 西歸浦市130,713
Fail:Jeju SK.png

File:Jeju Island.jpg
Jeju Island South Korea


Halla Mountain in Jeju

File:Jungmun Daepo Columnar Joints with waves crashing.jpg
Wave Crashing on Jeju Island

File:Waterfall on Jeju Island, Korea.jpg
Cheonjiyeon Waterfall on Jeju Island

Makanan Tradisional Melayu ( Asam Pedas )


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Majlis WalimatulUrus






Majlis Raja Sehari Asraf dan Ernie Yusnie telah selamat diadakan pada 27 Disember 2009 di Bt 30 1/4, Kg Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Melaka. Walaupun sekeliling jajahan takluk kuala sg baru hujan tetapi disini cuaca amat baik sekali . . . syukur alhamdullilah . . thanks to bro hilmi yg banyak membantu dlm tembak menembak fotografi . . . utk majlis tersebut dan sanak saudara yang sama mengiringi rombongan pihak lelaki.


Jumaat, 14 Februari 2014

ACAR LIMAU


Saya tak pernah makan nasi dengan belimbing buluh jeruk.. 
Sedap rupanya.. Memang membuka selera.. Apa lagi, saya 
mintak sket, dengan akak ofis, nk bawak pulang.. Kebetulan 
lak, kat rumah ada jeruk limau kasturi... Belimbing jeruk tu t
ak jadi dimakan dengan nasi, sebaliknya saya campurkan 
dalam acar limau ni.. 

Cara membuat jeruk limau

Limau kasturi dibelah2 dan taburkan sedikit garam. 
Masukkan dalam botol kaca. Peram sehingga limau 
berubah warna. Masukkan gula pasir hingga menutupi 
keseluruhan limau. Peram lagi hingga gula mencair. 
Simpanlah beberapa hari sebelum digunakan.

Cara membuat jeruk belimbing buluh - baru dapat resipi 
tengah hari tadi, dari Kak Zie.. senior kt ofis.. Thanks Kak Zie
Belimbing buluh dicuci bersih dan rendam air kapur 
2 jam.Toskan. Gaulkan dengan garam, gula dan 
tambah sedikit cuka. Tak perlu campur air, sebab 
belimbing buluh akan mengeluarkan air apabila diperam.. 
Bila nampak dah berair, bolehlah dimakan..

Acar Limau - resipi ni boleh ditokok tambah ikut citarasa 
sendiri..Kalau mahu cuba, silakan.. 


Bahan-bahan

500gm Limau jeruk
20 biji Belimbing buluh jeruk
1 paket Halwa buah pala
Buah prune
Kismis
Kurma
10 biji bawang merah kecik
5 biji bawang putih kecik
Cili padi jeruk
1 cawan cuka
2 - 2 1/2 cawan gula 

bahan2 untuk menumis
minyak untuk menumis
sedikit halia, bawang putih dan bawang merah, dihiris halus
1 sudu teh biji sawi
2 senduk cili kisar
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Cara2 membuatnya


Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi bahan2 yang dihiris 

sampai kuning. Masukkan cili kisar dan rempah2. 
Masak sampai garing, campurkan gula dan cuka. 
Bila pekat, campurkan semua buah2 jeruk. 
Masak sampai kering dan pekat. Sesuaikan rasa. 

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba


Rujukan :

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...