Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Khamis, 3 April 2014

Makanan Tradisional Melayau (Rendang)




> Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara [2] Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu .. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia selama perayaan. Rendang Walaupun kadang-kadang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama ini kadang-kadang digunakan untuk hidangan daging kari di Malaysia, rendang otentik apa-apa seperti kari Dalam sastera klasik Malaysia, rendang disebutkan dalam Hikayat Amir Hamzah . seawal tahun 1550-an. 


> Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering boleh disimpan selama 3-4 bulan, dan itu untuk acara-acara istiadat atau untuk menghormati tetamu. Rendang basah, juga dikenali sebagai kalio, boleh ditemui di Restoran Minangkabau, dan tanpa pendingin, harus dikonsumsi dalam waktu satu bulan.


Rendang sering dihidangkan dengan nasi, ketupat dan lemang di Indonesia, serta di Malaysia. 

Bahan-bahan:

--1 ½ daging lembu tanpa tulang rusuk pendek
--5 sudu makan minyak goreng
--1 batang kayu manis
--3 buah kapulaga
--1 serai
--susu 1 cawan santan pekat
--1 cawan air
--2 sudu asam
--6 daun limau perut
--6 sdm kerisik
--1 sudu makan gula

Cara-cara membuatnya:

--Potong bahan bumbu yang dihaluskan dan kemudian berbaur dalam food prosessor sampai halus.
--Panaskan minyak dalam periuk rebusan, tambah bumbu yang sudah dihaluskan.kayu manis,cengkih,bunga lawang,dan tumis mereka sampai aromatik.
--Tambah daging lembu dan serai ditumbuk dan kacau selama 1 minit.
--Tambahkan santan air asam dan didihkan dengan api sedang sambil diaduk sampai daging hamper matang.
--Tambah daun limau perut,kerisik,gula,aduk sampai tercampur rata dengan daging.
--Kecilkan api ke rendah, tutup tudung, dan biarkan mendidih selama 1 hingga 1 ½ jam atau sampai daging benar-benar lembut dan sos telah mongering.

Sabtu, 22 Februari 2014

Cara Membuat Pais Pisang (Banjar)

Berikut ini adalah resep masakan pais pisang :
Bahan :
- 5 biji buah pisang raja (yang sudah ranum)
- 30 gm gula merah
- 70 gm gula pasir
- 150 gm tepung sagu
- 150 gm kelapa parut yang setengah tua
- garam secukup rasa
- daun pisang untuk membungkus

Cara membuat :

  1. Haluskan pisang (lenyek2) campurkan  gula pasir dan gula merah.
  2. Tambahkan tepung (sama ada tepong sagu,gandum,beras) kelapa parut kasar dan garam. Aduk hingga rata.
  3. Ambil daun pisang yang sudah di berikan . Ambil adonan pisang dan masuk kan dalamdaun pisang tadi dan di gulung, semat ujungnya dengan lidi supaya adunan tidak keluar.
  4.  Kukus dalam kukusan sampai masak.

Pais Ikan Kembong (Pedas)



BAHANN-BAHANNYA :
2 ekor ikan kembong saiz besar
1 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca teh pes asam jawa
6 camca besar penuh kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun kunyit
Daun pisang secukupnya, cuci, lap kering dan layur atas api hingga lembut

BAHAN-BAHAN REMPAH :
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
2 biji cili merah
10 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih dan kelar2 sedikit. Tabur sedikit garam dan ketepikan. Sementara itu tumbuk halus semua bahan2 untuk rempah. Masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga kelapa parut hancur dan bersatu dengan bahan2 lain. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang, gaul hingga rata dan ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun pisang (kurang lebih berukuran 12 inci X 20 inci) yang telah dilayur lembut. Letak sehelai daun kunyit atasnya. Ambil 1/4 bahagian rempah, ratakan atas daun kunyit tadi. Letak seekor ikan kembong, ratakan lagi 1/4 bahagian rempah. Bungkus dengn daun pisang kemdian semat kiri dan kanan bungkusan dengan lidi pencungkil gigi yang bersih. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi. 
  3. Panaskan kuali atau oven, dan bakar pais tadi. Sebab che mat guna kuali ajaib, masa membakar kurang lebih 8 - 10 minit untuk setiap bahagain. Bila masak, boleh hidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga bakar dalam non-stick pan, guna api kecil dan tutup permukaan pan dengan tudung periuk. Kalau guna oven, guna suhu kurang lebih 200C. Dan jika nak lebih asli dan authentic, anda boleh bakar atas bara api. Idea pais ini juga sesuai kalau anda nak buat bbq. buat lebih, siap2 bungkus dengan daun pisang dan kemudian balut dengan aluminium foil, simpan dalam peti sejuk. Tak usah bimbang jika ia sedikit berair, ini akan menjadikan pais anda lembap selepas dibakar dan rasanya lebih enak...Selamat mencuba!!...

Rabu, 19 Februari 2014

PECHEL LELE




Kali ni saya nak kongsikan satu lagi resipi kegemaran keluarga saya... pechel lele.. iaitu pechel ikan keli..... Masakan orang jawa.. tapi orang Terengganu pun suka makan tau... jangan marah!!

Masaknya pun mudah.. ikan keli yang dibersihkan dan dikelar2.. Kemudian digaul garam kunyit dan dibakar sampai masak... (nak goreng pun boleh).

Untuk menyediakan kuahnya, isi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk lumat dan dicampur ke dalam santan pekat.. Tambah asam keping dan garam secukup rasa.  masak sampai mendidih..  Campurkan hirisan daun cekur ke dalam kuah. Siramkan ke atas ikan keli yang telah dibakar tadi... Siap!!

nota : selain ikan keli, ikan pari atau ayam pun boleh dimasak dengan cara begini.. tapi jgn panggil pechel lele tau.. lele tu untuk ikan keli aja..  

Isnin, 17 Februari 2014

Mandai (Masakan Banjar)



Kalau di Kelantan terkenal dengan nasi kerabu dengan budunya, Terengganu dengan keropok lekor...Pahang dengan gulai  asam rom, atau patin sungai masak tempoyak... manakala Johor dengan masakan asam pedasnya, Negeri Sembilan pula popular dengan masak lomak cili api... , Penang dengan nasi kandar  atau Char Koay Teow...Kedah pun tak kurang hebat.. ikan pekasam, laksa asam... Perak dengan gulai tempoyak ikan sungai...Melaka pula terkenal dengan belacan dan cencaluk...

Hmmm...pendek kata, Malaysia ni memang unik, belum termasuk dengan Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan suku kaum yang pelbagai.. dengan makanan yang pelbagai gaya dan rupa....semuanya sedap dan punya keunikan tersendiri.. memang semuanya hebat!! Memang tak larat  nak tulis kat sini, tujuh hari tujuh malam memang tak habis lagi....Sebagai penutup cerita, kalau kita dicampakkan ke mana2 tempat sekalipun di dalam Malaysia ni, jangan risau  pasal nak cari makan.. kat mana2 je, memang macam2 ada... dan yang penting sekali...HALALAN TOYYIBA....
Di sini, saya nak kongsikan satu lagi  hidangan unik yang ada di dalam negara kita.. iaitu Mandai....  Mandai ialah kulit cempedak atau kulit nangka yang dibuat jeruk.  Hanya orang jawa keturunan Banjar sahaja yang tahu membuat dan makan mandai ni..  Saya tahu dan pandai makan mandai ni sebab ada salah seorang ahli keluarga saya yang berkahwin dengan orang Banjar... pernah belajar buat mandai ni, tapi masa tu tak berapa menjadi... 

Untuk pengetahuan kawan2... mandai ni lebihkurang macam lobak asin, tapi mandai ada keunikan sendiri, dari segi rasa.. ada rasa masin dan manis aroma cempedak..  Saya buat mandai minggu lepas, kebetulan makcik saya datang dan bawak buah  cempedak.. Isinya digoreng dan kulitnya saya kupas, untuk dibuat mandai.
 

Terima kasih kepada rakan facebook saya Waheeda Wagiran, yang beri tunjuk ajar cara2 buat mandai ni.   Jeruk kulit cempedak atau mandai ni sedap digoreng begitu aje, campur dengan hirisan bawang besar, cili merah... (saya guna cili padi) dan ikan bilis atau udang kering.  Goreng kering2 dengan minyak sedikit.  Kemudian makan dengan nasi panas..  Mandai ni juga boleh dicampur ke dalam masak lemak cili api ikan, biasanya ikan darat atau ikan sungai..

Cara2 Membuat Mandai

Kulit cempedak, dibuang kulit luar dan dipotong kecil.  Kemudian dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam balang.   Sediakan air dan garam secukupnya dan dimasak hingga mendidih.  Apabila dah suam2 kuku, masukkan ke dalam balang yang diisi dengan kulit cempedak tadi.  Tutup balang dan peram sehingga seminggu, baru boleh digunakan. Selepas seminggu, kulit cempedak dah jadi keras dan agak masin.  Jadi, jika hendak dimasak, perlu direndam di dalam air dan perah kering2 untuk membuang masinnya.   

Sabtu, 15 Februari 2014

Makanan Tradisional Melayu ( Asam Pedas )


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Jumaat, 14 Februari 2014

ACAR LIMAU


Saya tak pernah makan nasi dengan belimbing buluh jeruk.. 
Sedap rupanya.. Memang membuka selera.. Apa lagi, saya 
mintak sket, dengan akak ofis, nk bawak pulang.. Kebetulan 
lak, kat rumah ada jeruk limau kasturi... Belimbing jeruk tu t
ak jadi dimakan dengan nasi, sebaliknya saya campurkan 
dalam acar limau ni.. 

Cara membuat jeruk limau

Limau kasturi dibelah2 dan taburkan sedikit garam. 
Masukkan dalam botol kaca. Peram sehingga limau 
berubah warna. Masukkan gula pasir hingga menutupi 
keseluruhan limau. Peram lagi hingga gula mencair. 
Simpanlah beberapa hari sebelum digunakan.

Cara membuat jeruk belimbing buluh - baru dapat resipi 
tengah hari tadi, dari Kak Zie.. senior kt ofis.. Thanks Kak Zie
Belimbing buluh dicuci bersih dan rendam air kapur 
2 jam.Toskan. Gaulkan dengan garam, gula dan 
tambah sedikit cuka. Tak perlu campur air, sebab 
belimbing buluh akan mengeluarkan air apabila diperam.. 
Bila nampak dah berair, bolehlah dimakan..

Acar Limau - resipi ni boleh ditokok tambah ikut citarasa 
sendiri..Kalau mahu cuba, silakan.. 


Bahan-bahan

500gm Limau jeruk
20 biji Belimbing buluh jeruk
1 paket Halwa buah pala
Buah prune
Kismis
Kurma
10 biji bawang merah kecik
5 biji bawang putih kecik
Cili padi jeruk
1 cawan cuka
2 - 2 1/2 cawan gula 

bahan2 untuk menumis
minyak untuk menumis
sedikit halia, bawang putih dan bawang merah, dihiris halus
1 sudu teh biji sawi
2 senduk cili kisar
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Cara2 membuatnya


Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi bahan2 yang dihiris 

sampai kuning. Masukkan cili kisar dan rempah2. 
Masak sampai garing, campurkan gula dan cuka. 
Bila pekat, campurkan semua buah2 jeruk. 
Masak sampai kering dan pekat. Sesuaikan rasa. 

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba


Rujukan :

Kulat Gelam Air Asam,Lemak Pucuk Ubi Dan Ikan Goreng




Macam ni la kalau dok kat kampung.. Sayur-sayur tak payah nak beli.. 
Makan sayur kampung yang ada tanam kat keliling rumah aja..
Bukan tak suka sayur-sayur lain.. tiap2 hari saya ke pasar.. 
tiap2 hari nampak kangkung, kobis, sawi, bayam... 
brocoli dan macam2... tapi tak berkenan di hati.. 
kalau ada sayur kampung, baru saya beli...

Kulat gelam ni saya beli yang dah siap rebus.. toskan air rebusannya 
dan gaul dengan sambal belacan, perahkan limau. 
 Kemudian campurkan potongan bawang besar.. 
dah siap.. Rasanya?? Lemak2 pahit, 
pedas dan masam.....tapi sedap...



Pucuk ubi ni saya petik je kat tepi rumah... dah siap rebus, 
campur dengan santan, isi ikan, hirisan bawang dan kunyit hidup 
yang ditumbuk. Tambah garam secukup rasa.. 
Masakla macam masak lemak sayur yang lain..


Hmmm.. lauknya......ikan goreng je.... Alhamdulillah, rezeki kami hari ini.. 

Makanan Tradisional Melayu ( Lontong Jawa )




> Lontong adalah hidangan Asia yang diperbuat daripada beras mampatan yang kemudian dipotong menjadi kuih kecil.
Hangat di Indonesia dan Malaysia, hidangan biasanya dihidangkan sejuk atau pada suhu bilik dengan lauk sos berasaskan seperti gado-gado dan salad, walaupun boleh dimakan sebagai iringan untuk masakan lain seperti Sate dan kari. Hal ini juga digunakan dalam Soto sebagai alternatif untuk mie sohun.

> Lontong secara tradisional dibuat dengan perebusan beras sampai setengah matang dan pembungkusan erat-erat ke dalam daun pisang yang digulung. Daun dijanjikan dan dimasak dalam air mendidih selama sekitar 90 minit. Setelah beras disalut telah disejukkan, itu bisa dipotong-potong seukuran gigitan.

Bahan-bahan:

--400g kelapa parut
--200ml air suam
--30g cili kering
--400g udang kering
--10g kunyit
--Sengkuang 200g kacang
--50g kobis
--20g serai
--200g tahu
--800g beras kuih
--4 sudu besar kelapa parut (Digoreng dalam kuali)
--Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

--Campurkan parutan kelapa dengan air hangat. 
--Perahkan santan.
--Panaskan 6 sdm minyak dalam wajan sampai panas.
--Tanah tumis cili kering,udang kering,kunyit dan kemiri sampai wangi.
--Tuang santan dan didihkan dengan api sedang.
--Tambah kacang sengkuang, kacang panjang dihiris kasar dan garam.
--Atur kuih beras dikompressi pada melayani piring.
--Tambah sayur kari kemudian taburi dengan kelapa parut.
--Atas telur dibelah dua.
--Sajikan dengan cabai pate bagi mereka yang suka panas.


Makanan Tradisional Melayu : Klik sini

Makanan Tradisional Melayu ( Wajik )


ResipiMasakanKini berkongsi resipi kuih wajik yang sedap dan sangat sesuai untuk hidangan juadah kenduri kendara.

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan pekat + secubit garam [1 biji kelapa]
5 helai daun pandan...simpul

Cara menyediakan:
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan santan dan daun pandan.
3. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan
 

Tip:
Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis sikit.
Masukkan dalam santan dan gula yang telah mendidih.


Rujuk :

Khamis, 13 Februari 2014

Masakan Tradisional Melayu ( Masak Lemak )

Disini saya paparkan sebahagian daripada masakan berlemak yang sering
dimasak dan menjadi kegemaran orang melayu. Masih banyak lagi
masak lemak kesukaan orang melayu yang tidak saya muat kan 
seperti masakan sayur-sayur lemak, jika saya nak tulis kan sudah 
pasti tidak tertulis oleh saya berapa banyhak nya masak lemak 
orang melayu...

Masak lemak siput sedut

Ketam masak lemak

Ayam masak lemak

Telor ikan bagok masak lemak cili api

Udang galah masak lemak cili api

Makanan Tradisional Melayu ( Nasi Lemak )


Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand Selatan. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia. Hal ini tidak menjadi bingung dengan Nasi Dagang dijual di pantai timur Malaysia atau Terengganu dan Kelantan walaupun kedua-dua pinggan boleh biasanya dijumpai dijual berdampingan untuk sarapan. Namun, kerana fleksibiliti yang Nasi lemak di dapat dilayani dalam berbagai perilaku, sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada hidangan sejenis di Indonesia disebut nasi Uduk.

 > Secara tradisional, ini datang sebagai sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos (sambal) pada intinya. Sebagai makanan yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang dengan pelbagai menyertai lain seperti ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air (kangkung), sayur-sayuran acar (achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air kelapa dan rempah-rempah) atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan iringan yang pedas di alam.

 > Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama lain yang diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.

Bahan-bahan:

Beras:

--Susu kelapa
--2 cawan beras
--3 daun pandan
--Garam secukupnya
--1 tin kecil santan(ukuran 5,6 oz)
--Beberapa air Tamarind juice:
--1 cawan air
--Asam pulp(saiz bola ping pong kecil)

Sambal ikan bilis:

--½ bawang merah
--1 cawan ikan bilis( teri kering)
--1 siung bawang putih
--4 siung bawang merah
--10 cabe kering
--1 sudu teh belacan( pasta udang)
--¼ sdt garam
--1 sudu makan gula

Bahan-bahan lain:

--2 telur rebus(potong setengah)
--3 ikan kecil (sardine atau berbau ikan) 


--1 kecil mentimun ( dipotong dan kemudian empat)

Cara-cara membuatnya:

Cuci dan tariskan nasi.Tambahkan santan,sedikit garam dan air.
Tambah daun pandan ke beras dan memasak nasi.
Bilas kering teri dan mengalirkan air.
Goreng teri sehingga mereka berpaling coklat muda dan sisihkan.
Tumbuk pasta udang bersama-sama dengan bawang merah,bawang putih,cili kering dan buang bijinya dengan mortar dan alu. Anda juga boleh menggiling dengan food prossesor.
Iris bawang merah ke dalam cincin. Rendam bubur asid dalam air selama 15 minit.
Memerah asam terus menerus untuk mengekstrak rasa ke dalam air.
Tiriskan pulp dan menyimpan jus asam.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bumbu yang sudah dihalus kan sampai harum.
Tambah di onion ring.
Tambah just asam,garam dan gula Didihkan dengan api kecil sampai sos mengental.Sisihkan.
Bersihkan ikan kecil,potong separuh dan musim dengan garam.
Goreng hingga warna keemasan.
Potong timun menjadi hirisan dan kemudian empat menjadi empat bahagian kecil.
Angat nasi santan dikukus dan tuangkan beberapa sambal ikan bilis di atas beras.

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...