Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Selasa, 20 Januari 2015

UDANG SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan :

10 ekor udang harimau, bersihkan dan gaul sedikit garam kunyit, kemudian digoreng sebentar.
1/2 biji bawang besar, dipotong bulat
1/2 biji lada hidup, dihiris-hiris
1 biji tomato, dibelah 6
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau kasturi
2 biji bawang putih, dihiris halus
Daun salad dan timun untuk hiasan

Bahan-bahan untuk dikisar :

2 biji cili padi
3 biji lada merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah tomato

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang yang telah digoreng, air limau kasturi dan hirisan bawang besar, lada hidup dan tomato. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan timun dan daun salad ketika menghidang. Sajikan dengan nasi putih dan lauk pauk kegemaran yang lain.

Asal :

Melancung  : Ke
                    : Ke

Sabtu, 29 Mac 2014

Singgang Daging (Banjar)




Bahan-bahan (A) untuk merebus

1kg daging campur sedikit tetel jika ada
1kg tulang rusuk
1 inci halia, 
1 labu bawang putih
asam keping secukupnya
Air secukupnya untuk merebus daging


Bahan-bahan (B) untuk dikisar

20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 sudu ketumbar
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit

7 biji cili kering

Garam dan serbuk perasa

Cara Menyediakannya
Rebuskan daging dan tulang rusuk dengan, halia dan bawang putih 
yang di ketok hingga empuk. 

setelah empok masukkan bahan-bahan yang di kisar tadi, 
masuk asam gelugur, masuk sedikit garam 
dan serbuk perasa secukup rasa. 

Pastikan ia benar-benar masak ia itu hingga mendidih dan supaya ada 
sedikit pedas masukkan cili kering yang di potong-potong tadi. 
Jika sudah masak tunggu apa lagi hidangkan lah dan nikmatinya.

Selasa, 18 Mac 2014

Kuih Lapis

Bahan-Bahan Nya
2cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
1cawan gula
6cawan santan(dr 2 biji klpa)
Sedikit garam
Pewarna.

Caranya..

Satukn semua bahan kecuaki pewarna dan gaul sampai sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian satu bagi pewarna merah dan satu biarkn warna asal.
Setiap lapisan di kukus  selama 5 minit.
Selang seli sampai habis dan akhir sekali kukus selama 15 minit
.

Ahad, 9 Mac 2014

Masak Lemak Pucuk Katu Dengan Hubi Layap

Gambar Hiasan

Gambar hiasan

Bahan-bahanya :-

2 cekak pucuk katu (pucuk manis)
2 biji ubi keledek putih, saiz sederhana (kalau besar guna sebiji)
3 urat kacang panjang  
1-2 gm udang kering, cuci dan rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dihiris halus
1 biji santan kelapa segar
Garam 

Cara-Cara membuatnya :-
  1. Pucuk katu di rurut (singkan dari batangnya) cuci dan toskan. Keledek dikupas, dan dipotong atau di belah empat (mengikut cita rasa) kemudian rendam untuk beberapa ketika. Sekarang udang kering yang di rendam tadi sudah boleh di toskan. Kacang panjang dikerat pendek. Tumbuk udang kering yang sudah tos hingga hancur. 
  2. Toskan ubi keledek, masukkan ke dalam periuk bersama2 bawang besar hiris, bawang putih, udang kering dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga keledek 1/2 empuk, masukkan kacanng panjang. Sementara itu ramas pucuk manis, kemudian masukkan ke dalam periuk.
  3. Bila pucuk manis lembut,perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. 
  4. Bila sudah masak dah boleh hidangkan untuk makan tengahari, untuk tambah selera jangan lupa sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng.
 Selamat mencuba Ikhlas (Kucing Marau)

Sabtu, 8 Mac 2014

Gangan Putih Pucuk Waloh


Gambar hiasan

Bahan-Bahannya :-


2 ikat pucuk waloh ( pucuk labu lemak)

6 - 7 biji buah waloh anum (buah labu baby)
(pastikan buah labu tersebut masih lagi berbulu halus tanda ia masih baby)
2 - 3 biji bawang kecil
2 - 3 ulas bawang putih
1 biji santan kelapa segar
Garam

Cara-caranya :-

Bersihkan pucuk waloh buang yang tidak diperlukan dan cuci bersih-bersih dan di potong-potong begitu juga dengan buah labu baby tadi di belah empat setiap biji. Setelah di cuci dan di potong biarkan dia tos. Sementara pucuk waloh dan buah baby waloh itu tos boleh lah anada menghiris halus bawang merah dan bawang putih tadi. 

Setelah semua nya siap sedia untuk di masak, boleh mulakan dengan memanaskan periuk dan terus di masukkan santan kelapa segar, masukkan buah baby waloh tadi juga masukkan serentak hirisan bawang jangan lupa masukkan sekali garam secukup rasa bila buah baby waloh tadi sudah mula masak baru di masukkan pucuk waloh tadi.

Setelah mendidih itu tanda nya gangan pucuk waloh sudah masak dan boleh di hidangkan untuk santapan tengah hari. Untuk menambah selera lagi buat sambal belacan sebagai lawan pada gangan pucuk waloh dan ikan goreng masin atau ikan air tawar..... Mmmuahhh alhamdulillah.....

Selamat mencuba ikhlas (Kucing marau)

Khamis, 6 Mac 2014

Resepi Rendang Tok

Rendang Tok


Bahan:-

- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis


Bahan disangai (goreng tanpa minyak):-


- 11/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:-

- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi

Caranya:-

- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.


TIP

- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.


Sumber :

Masak Lemak Ikan Haruan



Bbahan-bahanya :-

Seekor ikan haruan sedang besar
Kuncit hidup 1 inci
Halia 1 1/2 inci
1 biji santan kelapa segar
Asam keping (Asam gelugur)
Cili padi 
Garam
Serbuk perasa
Dua batang serai segar
Sehelai Daun Kunyit.

Cara-caranya :

Semua bahan-bahan kecuali serai dan daun kunyit ti tumbuk.Panaskan santan kelapa dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi,Masukkan ikan haruan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul
Ketika ini masukkan serai dan daun kuncit sedikit cili api dan sekeping asam keping, janagan lupa garam dan serbuk perasa dimasukkan secukup rasa.Biar seketika sehingga santan memdidih, dah masak dan boleh di hidang untuk makan tengah hari....

Cuba lah resepi ini.


Ikhlas dari (Kucing Marau)

Gulai Darat


Orang dulu-dulu mana ada rempah siap. Kalau nak masak gulai ayam ke daging ke, semua kena giling sendiri. Tiap kali nak masak gulai masa tu sibuklah dan menggoreng ketumbar jintan, lada kering dll ..lepas tu nak menumbuk lagi..Sekarang dah senang, gunakan blender aje...

AYAM GULAI DARAT

Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4 dan bersihkan
2 sudu kerisik
1 biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan(asingkan pekat dan cair)
4 biji kentang - jika suka (belah 4)
beberapa biji lada hidup, belah 2
1 biji bawang besar, belah 4
2 keping asam gelugur

Bahan-bahan untuk dikisar
10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
5-6 biji lada kering
1/2 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kelapa parut

Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 biji buah keras
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis dan jintan putih
2 biji buah pelaga
1 inci kuli kayu manis
3 kelopak bunga lawang
1/2 kuntum cabe
2 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam

garam secukup rasa

Cara Menyediakannya.
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, asam gelugur dan sedikit garam. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan 1/2 cawan santan cair. Masak hingga ayam mengecut dan hampir kering. Tambahkan santan cair dan masukkan kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Selepas itu baru dimasukkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih dan ayam betul2 masak. akhir sekali campurkan lada hidup dan bawang besar yang telah dibelah2. Bila lada dan bawang telah setengah masak, bolehlah diangkat.

Hidangkan gulai darat ini dengan nasi putih, sambal belacan dan teresek jantung pisang atau kacang panjang.

TERESEK JANTUNG PISANG
1 biji jantung pisang, hiris nipis dan rendam dengan air garam, kemudian perah
atau 20 batang kacang panjang
5-6 pasang Hati dan mempedal ayam, bersihkan dan potong kecil
2 biji bawang besar, belah-belah
4-5 biji lada hidup, belah-belah
satu cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 sudu kerisik

Bahan-bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili kering
segenggam kelapa parut

1 bungkus rempah kari
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
rempah 4 sekawan

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan hati dan mempedal ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukup rasa. Kemudian masukkan jantung pisang dan santan cair. Agak2 jantung pisang dah masak, baru masukkan santan pekat dan kerisik. Sesuaikan rasa dan masak sampai pekat. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan bawang besar. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 3 Mac 2014

Pangat Pisang ( Sarawak Pisanag ( Banjar))



berikut ini saya menyampaikan cara untuk membuat serawa pisang
berikut ini bahan-bahannya :

1. 10 biji pisang cukup masak, di potong melintang 
2. 500 grm biji sagu
3. 250 ml air 500 ml santan 
4. 3 helai daun pandan
5. 250 grm gula merah
6. 250 grm gula pasir
7. 1-2 sudu garam (secukup rasa)

cara membuat :

Masak gula merah, gula pasir, dan garam dengan 250 ml air hingga larut kemudian tambahkan santan dan daun pandan. Masak dengan api kecil sambil terus dikacau.


Sebelum mendidih, 
masukkan pisang yang sudah dipotong-potong tadi dan biji sagu. Di kacau hingga mendidih dan pisang masak.
Penget Pisang (Sarawak Pisang ) siap untuk disajikan.

Catatan : 


Pastikan santan tidak sampai pecah dan berketol dengan cara mengacau pengat secara konstan. Jangan biarkan pengat terlalu lama mendidih. Jangan pula memanaskan pengat berulang ulang karena hal tersebut akan membuat kuah pengat menjadi berminyak. Setiap membuat hidangan dengan santan, meskipun hidangan itu manis, gunakan garam secukupnya. Garam akan memberikan rasa gurih pada santan. 


Untuk lebih sedap lagi pengat yang sudah dingin di masuk kan kedalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam baru di hidangkan.

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...