Sabtu, 8 Mac 2014

Pulau Perhentian, Terengganu

1 Jun 2012 kami sekeluarga seramai 6 orang termasuk anak saudara bercuti sambil menikmati keindahan pantai Pulau Perhentian Kecil dan Besar di negeri Terengganu Darul Iman yang memang terkenal diantara tempat pelancongan menarik di Malaysia.. Percutian selama 3 hari dan 2 malam dipulau ini amatlah berbaloi kerana padat dengan aktiviti snorkeling dimana dapat melihat dari dekat kehidupan air didasar taman laut. Terumbu karangnya yang cantik dan berbagai2 spesis ikan dapat dilihat dengan jelas semasa bersnorkling disini.










































Sumber :

Gangan Putih Pucuk Waloh


Gambar hiasan

Bahan-Bahannya :-


2 ikat pucuk waloh ( pucuk labu lemak)

6 - 7 biji buah waloh anum (buah labu baby)
(pastikan buah labu tersebut masih lagi berbulu halus tanda ia masih baby)
2 - 3 biji bawang kecil
2 - 3 ulas bawang putih
1 biji santan kelapa segar
Garam

Cara-caranya :-

Bersihkan pucuk waloh buang yang tidak diperlukan dan cuci bersih-bersih dan di potong-potong begitu juga dengan buah labu baby tadi di belah empat setiap biji. Setelah di cuci dan di potong biarkan dia tos. Sementara pucuk waloh dan buah baby waloh itu tos boleh lah anada menghiris halus bawang merah dan bawang putih tadi. 

Setelah semua nya siap sedia untuk di masak, boleh mulakan dengan memanaskan periuk dan terus di masukkan santan kelapa segar, masukkan buah baby waloh tadi juga masukkan serentak hirisan bawang jangan lupa masukkan sekali garam secukup rasa bila buah baby waloh tadi sudah mula masak baru di masukkan pucuk waloh tadi.

Setelah mendidih itu tanda nya gangan pucuk waloh sudah masak dan boleh di hidangkan untuk santapan tengah hari. Untuk menambah selera lagi buat sambal belacan sebagai lawan pada gangan pucuk waloh dan ikan goreng masin atau ikan air tawar..... Mmmuahhh alhamdulillah.....

Selamat mencuba ikhlas (Kucing marau)

Khamis, 6 Mac 2014

Kuih Seri Muka Pandan


Gambar hiasan

Bahan Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:

1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.
6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:

Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir (asal 300 gm)
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:

1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Selamat mencuba Ikhlas (Kucing Marau)

Resepi Rendang Tok

Rendang Tok


Bahan:-

- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis


Bahan disangai (goreng tanpa minyak):-


- 11/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:-

- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi

Caranya:-

- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.


TIP

- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.


Sumber :

Masak Lemak Ikan Haruan



Bbahan-bahanya :-

Seekor ikan haruan sedang besar
Kuncit hidup 1 inci
Halia 1 1/2 inci
1 biji santan kelapa segar
Asam keping (Asam gelugur)
Cili padi 
Garam
Serbuk perasa
Dua batang serai segar
Sehelai Daun Kunyit.

Cara-caranya :

Semua bahan-bahan kecuali serai dan daun kunyit ti tumbuk.Panaskan santan kelapa dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi,Masukkan ikan haruan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul
Ketika ini masukkan serai dan daun kuncit sedikit cili api dan sekeping asam keping, janagan lupa garam dan serbuk perasa dimasukkan secukup rasa.Biar seketika sehingga santan memdidih, dah masak dan boleh di hidang untuk makan tengah hari....

Cuba lah resepi ini.


Ikhlas dari (Kucing Marau)

Gulai Darat


Orang dulu-dulu mana ada rempah siap. Kalau nak masak gulai ayam ke daging ke, semua kena giling sendiri. Tiap kali nak masak gulai masa tu sibuklah dan menggoreng ketumbar jintan, lada kering dll ..lepas tu nak menumbuk lagi..Sekarang dah senang, gunakan blender aje...

AYAM GULAI DARAT

Bahan-bahan
1 ekor ayam, potong 4 dan bersihkan
2 sudu kerisik
1 biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan(asingkan pekat dan cair)
4 biji kentang - jika suka (belah 4)
beberapa biji lada hidup, belah 2
1 biji bawang besar, belah 4
2 keping asam gelugur

Bahan-bahan untuk dikisar
10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
5-6 biji lada kering
1/2 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kelapa parut

Bahan-bahan digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 biji buah keras
1 sudu ketumbar biji
1/2 sudu jintan manis dan jintan putih
2 biji buah pelaga
1 inci kuli kayu manis
3 kelopak bunga lawang
1/2 kuntum cabe
2 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam

garam secukup rasa

Cara Menyediakannya.
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, asam gelugur dan sedikit garam. Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan 1/2 cawan santan cair. Masak hingga ayam mengecut dan hampir kering. Tambahkan santan cair dan masukkan kentang. Masak hingga ayam dan kentang empuk. Selepas itu baru dimasukkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih dan ayam betul2 masak. akhir sekali campurkan lada hidup dan bawang besar yang telah dibelah2. Bila lada dan bawang telah setengah masak, bolehlah diangkat.

Hidangkan gulai darat ini dengan nasi putih, sambal belacan dan teresek jantung pisang atau kacang panjang.

TERESEK JANTUNG PISANG
1 biji jantung pisang, hiris nipis dan rendam dengan air garam, kemudian perah
atau 20 batang kacang panjang
5-6 pasang Hati dan mempedal ayam, bersihkan dan potong kecil
2 biji bawang besar, belah-belah
4-5 biji lada hidup, belah-belah
satu cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 sudu kerisik

Bahan-bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili kering
segenggam kelapa parut

1 bungkus rempah kari
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
rempah 4 sekawan

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan hati dan mempedal ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukup rasa. Kemudian masukkan jantung pisang dan santan cair. Agak2 jantung pisang dah masak, baru masukkan santan pekat dan kerisik. Sesuaikan rasa dan masak sampai pekat. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan bawang besar. Kacau sebentar dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 5 Mac 2014

Ho Chi Minh - Lawatan Hari Kedua 2

Cu Chi tunnels - an underground tunnels network constructed by Vietnamese fighters during their struggle for independence. They are part of a much larger network of tunnels of around 200Km long that is well known nationwide and worldwide. Visit to the Cu Chi tunnels provides a better understanding of the prolonged resistance war of the Vietnamese people and also of the persistent and clever character of the Vietnamese nation. 
The Cu Chi Tunnels, which highlight the dedication and ingenuity of Viet Cong soldiers during the Vietnam War, are a must-see destination in Southern Vietnam.


























Ho Chi Minh - Day 3

On the way to sungai mekong . . . .



































































Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...