Sabtu, 16 Ogos 2014

Pecal Lele Jawa

Kita cuba pulak pecal lele cara jawa pula kali ini...

 

BAHAN-BAHAN NYA

1. Ikan Keli 3 ekor

Bahan-bahan bumbu

1. Isi (Ubi) cekur   15gm
2. Bawang putih    4 ulas
3. Bawang merah sedang besar 2ulas
4. Cili padi 7 biji
5. Asam keping 1 keping
6. Santan kelapa
7. 4 5 helai daun cekur
8. Sedikit garam
9.Limau nipis 2 biji (Diperah ambil air nya)

CARA-CARANYA

Persediaan ikan keli

Ikan keli yang bersihkan dan dikelar2 Kemudian digaul garam kunyit dan curahkan perahan air limau nipis (buang hanyir) peram 15 minit sebelum dipangang hingga masak.

Untuk menyediakan bumbu

Isi cekur, bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk lumat dan dicampur ke dalam santan pekat.. Tambah asam keping dan garam secukup rasa.  masak dengan api perlahan hinga sampai mendidih (masak la dah tu) Campurkan hirisan daun cekur ke dalam kuah. 

Ikan keli pangang dah ada bumbu dah siap apa lagi curahkan sajalah  bumbu tu keatas ikan keli pangang tadi, dah siap sedia untuk di hidangkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...