Sabtu, 9 Ogos 2014

POPIA BASAH

 

Ros buat Popia basah ni hari jumaat petang minggu lepas sebagai menu minum petang, mula-mula tak confident gak nak buat, tapi bila dah mula nak buat kulit dia tu  tekad jelah mencuba, first trial tu ade gak yang tak jadi, ade yang tebal lah yang tak sekata lah, muahahaha, tapi bila dah buat banyak kali tu baru leh agak nak jemput adunan tu, dan akhirnya menjadi juga, yehaaaa...suke nye tak terkata, bila makan pulak fuhh...rasa sebijik dah macam popia basah yang jual kt pasar malam shah alam tu...tak rugi lah mencuba, resepi asal dari Kak Umi_E myresepi, kat situ ade langkah2 macam mana nak buat kulit popia basah ni, terima kasih kak umie sebab berkongsi cara-cara dan resepi  popiah basah yang maveles ni...makkyong lah katakan nampak orang masak semua teringin, heheehehehee : )
kalau nak tengok popia basah versi Kak Hana kt SINI ye, Rumah Makyong Kak Aymy@Ayu Kuwait pun ade...
Bahan-bahan ( resepi asal oleh Kak Umi_E myresipi, izinkan ros kongsikan di sini ya kak)
Bahan Kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.
8. Sedia untuk dimakan :)
Tambahan : Ros ikut tips dari kak Hana Kanazawa, bila nak ratakan adunan untuk kulit tu ros alihkan frypan dari api dan letakkan frypan di atas tuala yang di basahkan, kemudian ratakan adunan menggunakan jari, jadinya tak lah panas jari tu...terima kasih kak hana atas tips yang membantu ini.
 
 Tabur dengan bijan goreng

tabur dengan bawang goreng

yang ni letak sambal je

Nota: Ros tabur bijan, bawang goreng atas popia basah ni, makin sedap jadinya hihi, sambal untuk popia basah ni ros tambah sos cili dan sos cili manis thai, biar manis dan kasi up sikit rasa dia : )

 COPY & PASTE  dari www.jintanmanis.com

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...semoga ilmu yg dikongsi terus bermanfaat utk generasi akan datang. Terima kasih kerana quote mama akak sebab banyak yg guna Resepi asal dari akak tapi tidak quote tetapi tidak mengapa...

    BalasPadam

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...