Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel
haha
hari ni aku nak kongsi biskut yang agak senang dan tradisional tapi
dipermudahkan siket sebab letak je kacang hazel sebijik sebijik inilah
dia memperkenalkan Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel. Sedap beb! Okey takmo citer panjang kita teruskan ke bahan-bahannya… Bahan bahan untuk Makmur Kacang Hazel ini ialah..
1kg tepung gandum
400g minyak sapi
400g kacang hazel
200g susu tepung
250g gula aising
Cup Kertas
ha senangkan sikit je barangnya cuma kacang hazel tu mahal sket la.Okey cara-cara untuk membuat Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel :
1. Ayak tepung
2. Goreng tepung tanpa minyak sebentar dan kacau-kacau ini untuk mengebukan adunan
3.
Pada masa yang sama panaskan oven kemudian bakar kacang hazel sebentar
agak-agak masak je, klau tak rangup lagi pun xpe sebab nanti nak bakar
jugak lagi sekali nanti hangit plak. bleh jugak goreng tanpa minyak
macam tepung tadi. tapi selalunya aku bakar je kejap.
5. Kemudian ambil sedikit doh, masukkan kacang hazel dan bulatkan. Atur di dulang dan bakar dalam 20 minit dengan suhu 150 darjah.