Sabtu, 15 Februari 2014

Jeju Island South Korea

Wilayah Jeju atau Jeju-do adalah satu-satunya wilayah pemerintahan sendiri khas di negara Korea Selatan. Wilayah ini terletak di Pulau Jejuiaitu di selatan wilayah Jeolla Selatan. Ibu kotanya ialah Bandaraya Jeju. Wilayah ini dahulunya adalah sebahagian daripada wilayah Jeolla Selatansebelum ia berpisah pada tahun 1946.
Dialek yang digunakan di wilayah ini ialah loghat Jeju. Dialek ini sangat berbeza dengan dialek di bahagian tanah besar Korea dan ia sangat menyerupai bahasa Jepun. Ini disebabkan oleh hubungan kebudayaan dan sejarah yang sangat erat dengan Jepun pada masa dahulu

Bahagian Pentadbiran

Sehingga tahun 2005, Wilayah Jeju terbahagi kepada dua buah bandar raya (시, si) iaitu Jeju dan Seogwipo serta dua buah kaunti (군, gun) iaituBukjeju (Utara Jeju) dan Namjeju (Selatan Jeju). Dua bandar raya tersebut dibahagikan lagi kepada 31 buah kejiranan (dong) dan 2 kaunti itu pula dibahagi kepada 7 buah pekan (읍, eup) dan 5 daerah (myeon). Pekan dan daerah tadi dibahagi lagi kepada 551 buah kampung (ri).
Pada tahun 2005, dua buah kaunti dalam wilayah ini iaitu Bukjeju dan Namjeju telah dicantumkan kepada bandaraya Jeju dan Seogwipo masing-masing hasil daripada pungutan suara terhadap penduduk Jeju.
Peta#NamaHangul / HanjaBil. penduduk (2010)Jenis pentadbiran
Jeju-do sub map.png
1Bandaraya Jeju제주시 / 濟州市401,192Bandar raya
2Bandaraya Seogwipo서귀포시 / 西歸浦市130,713
Fail:Jeju SK.png

File:Jeju Island.jpg
Jeju Island South Korea


Halla Mountain in Jeju

File:Jungmun Daepo Columnar Joints with waves crashing.jpg
Wave Crashing on Jeju Island

File:Waterfall on Jeju Island, Korea.jpg
Cheonjiyeon Waterfall on Jeju Island

Makanan Tradisional Melayu ( Asam Pedas )


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Majlis WalimatulUrus






Majlis Raja Sehari Asraf dan Ernie Yusnie telah selamat diadakan pada 27 Disember 2009 di Bt 30 1/4, Kg Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Melaka. Walaupun sekeliling jajahan takluk kuala sg baru hujan tetapi disini cuaca amat baik sekali . . . syukur alhamdullilah . . thanks to bro hilmi yg banyak membantu dlm tembak menembak fotografi . . . utk majlis tersebut dan sanak saudara yang sama mengiringi rombongan pihak lelaki.


Jumaat, 14 Februari 2014

ACAR LIMAU


Saya tak pernah makan nasi dengan belimbing buluh jeruk.. 
Sedap rupanya.. Memang membuka selera.. Apa lagi, saya 
mintak sket, dengan akak ofis, nk bawak pulang.. Kebetulan 
lak, kat rumah ada jeruk limau kasturi... Belimbing jeruk tu t
ak jadi dimakan dengan nasi, sebaliknya saya campurkan 
dalam acar limau ni.. 

Cara membuat jeruk limau

Limau kasturi dibelah2 dan taburkan sedikit garam. 
Masukkan dalam botol kaca. Peram sehingga limau 
berubah warna. Masukkan gula pasir hingga menutupi 
keseluruhan limau. Peram lagi hingga gula mencair. 
Simpanlah beberapa hari sebelum digunakan.

Cara membuat jeruk belimbing buluh - baru dapat resipi 
tengah hari tadi, dari Kak Zie.. senior kt ofis.. Thanks Kak Zie
Belimbing buluh dicuci bersih dan rendam air kapur 
2 jam.Toskan. Gaulkan dengan garam, gula dan 
tambah sedikit cuka. Tak perlu campur air, sebab 
belimbing buluh akan mengeluarkan air apabila diperam.. 
Bila nampak dah berair, bolehlah dimakan..

Acar Limau - resipi ni boleh ditokok tambah ikut citarasa 
sendiri..Kalau mahu cuba, silakan.. 


Bahan-bahan

500gm Limau jeruk
20 biji Belimbing buluh jeruk
1 paket Halwa buah pala
Buah prune
Kismis
Kurma
10 biji bawang merah kecik
5 biji bawang putih kecik
Cili padi jeruk
1 cawan cuka
2 - 2 1/2 cawan gula 

bahan2 untuk menumis
minyak untuk menumis
sedikit halia, bawang putih dan bawang merah, dihiris halus
1 sudu teh biji sawi
2 senduk cili kisar
1 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Cara2 membuatnya


Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi bahan2 yang dihiris 

sampai kuning. Masukkan cili kisar dan rempah2. 
Masak sampai garing, campurkan gula dan cuka. 
Bila pekat, campurkan semua buah2 jeruk. 
Masak sampai kering dan pekat. Sesuaikan rasa. 

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba


Rujukan :

Kulat Gelam Air Asam,Lemak Pucuk Ubi Dan Ikan Goreng




Macam ni la kalau dok kat kampung.. Sayur-sayur tak payah nak beli.. 
Makan sayur kampung yang ada tanam kat keliling rumah aja..
Bukan tak suka sayur-sayur lain.. tiap2 hari saya ke pasar.. 
tiap2 hari nampak kangkung, kobis, sawi, bayam... 
brocoli dan macam2... tapi tak berkenan di hati.. 
kalau ada sayur kampung, baru saya beli...

Kulat gelam ni saya beli yang dah siap rebus.. toskan air rebusannya 
dan gaul dengan sambal belacan, perahkan limau. 
 Kemudian campurkan potongan bawang besar.. 
dah siap.. Rasanya?? Lemak2 pahit, 
pedas dan masam.....tapi sedap...



Pucuk ubi ni saya petik je kat tepi rumah... dah siap rebus, 
campur dengan santan, isi ikan, hirisan bawang dan kunyit hidup 
yang ditumbuk. Tambah garam secukup rasa.. 
Masakla macam masak lemak sayur yang lain..


Hmmm.. lauknya......ikan goreng je.... Alhamdulillah, rezeki kami hari ini.. 

Majlis Awal Hingga Akhir penyatuan Teruna Dara Melayu

Majlis merisik dan meminang

Majlis bertunang

Menyarung cincin tanda pertunangan

Cincin pertunangan sudah lekat dijari

Sebelum akad nikah dilangsungkan juru nikah mengambil 
persetujuan dari pehak perempuan terlebih dahulu

Majlis akad nikah ( Ijab dan Kabul )


Kini maka sah lah sudah mereka menjadi suami isteri
dan mereka mestilah bertangungjawab terhadap pasangan
masing-masing seperti mana yang di tetapkan oleh syarak.

Penyerahan mas kahwin Dan  cincin 


Hantaran dari pehak lelaki untuk bakal isterinya

Wang hantaran seperti mana yang telah di persetujui antara kedua 
belah pehaksemasa majlis pertunangan tempoh hari

Ini pula balasan hantaran dari pehak perempuan kepada lelaki
walau pun ia tidak wajib tapi sudah menjadi kebiasaan orang melayu

Majlis jamuan makan sebagai tanda kesyukuran yang di buat oleh 
pehak keluarga sebagai tanda ucapan terima kasih kepada hadirin
yang datang

Tasik Kenyir Tempat Yang Mesti Di Lawati

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Fail:Kenyir Lake 2.JPG
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal denganjagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai bandar mati



Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi
Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir.Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi Air Terjun Lasik merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam.Air terjun ini terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga merupakan tarikan utama perlancongan.


Penginapan yang selesa untuk pengunjung




Cameron Highlands Yang Istimewa

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Pengunjung boleh tiba di Cameron Highland dengan melalui simpang laluan dari TapahPerak. Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh digunakan untuk ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung BrinchangTringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley, Strawberry Farm, pelbagai hotel, resort dan rumah rehat serta padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sana juga terletaknya Gunung BerembanGunung JasarGunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam. Stesen Janakuasa Elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik utama untuk penduduk disana.
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buahstrawberiTumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayuyang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Ratadan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley


Makanan Tradisional Melayu ( Lontong Jawa )




> Lontong adalah hidangan Asia yang diperbuat daripada beras mampatan yang kemudian dipotong menjadi kuih kecil.
Hangat di Indonesia dan Malaysia, hidangan biasanya dihidangkan sejuk atau pada suhu bilik dengan lauk sos berasaskan seperti gado-gado dan salad, walaupun boleh dimakan sebagai iringan untuk masakan lain seperti Sate dan kari. Hal ini juga digunakan dalam Soto sebagai alternatif untuk mie sohun.

> Lontong secara tradisional dibuat dengan perebusan beras sampai setengah matang dan pembungkusan erat-erat ke dalam daun pisang yang digulung. Daun dijanjikan dan dimasak dalam air mendidih selama sekitar 90 minit. Setelah beras disalut telah disejukkan, itu bisa dipotong-potong seukuran gigitan.

Bahan-bahan:

--400g kelapa parut
--200ml air suam
--30g cili kering
--400g udang kering
--10g kunyit
--Sengkuang 200g kacang
--50g kobis
--20g serai
--200g tahu
--800g beras kuih
--4 sudu besar kelapa parut (Digoreng dalam kuali)
--Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

--Campurkan parutan kelapa dengan air hangat. 
--Perahkan santan.
--Panaskan 6 sdm minyak dalam wajan sampai panas.
--Tanah tumis cili kering,udang kering,kunyit dan kemiri sampai wangi.
--Tuang santan dan didihkan dengan api sedang.
--Tambah kacang sengkuang, kacang panjang dihiris kasar dan garam.
--Atur kuih beras dikompressi pada melayani piring.
--Tambah sayur kari kemudian taburi dengan kelapa parut.
--Atas telur dibelah dua.
--Sajikan dengan cabai pate bagi mereka yang suka panas.


Makanan Tradisional Melayu : Klik sini

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...