Khamis, 13 November 2014

Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu 
Sumber: Orang lama

Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang:

  • 3 Cawan Beras Siam
  • 1 Cawan Beras Pulut
  • 2 Cawan Santan Cair
  • 2 Cawan Santan Pekat
  • 4 Ulas Bawang Merah dihiris halus
  • 1 Inci Halia dihiris halus
  • Sedikit Alba
  • Garam Secukup Rasa

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
  • 1 Ekor Ikan Tongkol dikukus
  • 1 Mangkuk Santan
  • 2 Sudu Rempah
  • 3 Keping Asam
  • 5 Sudu Besar Cili Giling
  • Sedikit Cili Padi
  • Garam secukup rasa
Bahan A:
  • 10 Ulas Bawang Merah
  • 1 Ulas Bawang Putih 
  • ½ Inci Halia
  • ½ Inci Lengkuas


Cara:Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

  1. Rendam beras dan beras pulut selama 6 jam, toskan, kemudian kukus selama 1/2 jam.
  2. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata. kukus sekali lagi hingga masak. 
  3. Angkat dan masukkan santan pekat, alba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  4. Nasi Dagang Terengganu siap.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

  1. Masak santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan A yang dikisar, rempah dan asam keping. 
  2. Masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan.
  3. Masukkan pula garam secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat. Siap untuk dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu 
Asal :


Info Lawatan :

Sabtu, 8 November 2014

Daging Goreng Berlada


Bahan-bahan:

  • 500g daging
  • serbuk kunyi  
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 inci halia  diketuk
  • air asam jawa
  • garam dan sedikit gula
Bahan dikisar@tumbuk kasar
  • 5 tangkai cabai basah
  • 3 tangkai cili api merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih


Cara-cara:
  1. Daging direbus hingga empuk kemudian hiris nipis2.
  2. Gaul daging bersama kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian bolehlah digoreng. Apabila masak, toskan. Ketepikan.
  3. Tumis bahan dikisar dan halia menggunakan minyak menggoreng tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  5. Dah elok rasa tu...bolehlah dimasukkan daging goreng tadi..kacau bagi mesra. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Matikan api. Siap
  6. Untuk hiasan boleh disusun daun sup disekeliling pinggan dan ditabur daun bawang yang dipotong kecil diatasnya.

Selasa, 14 Oktober 2014

Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel


Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel

Biskut Makmur Kacang Hazel
haha hari ni aku nak kongsi biskut yang agak senang dan tradisional tapi dipermudahkan siket sebab letak je kacang hazel sebijik sebijik inilah dia memperkenalkan Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel. Sedap beb! Okey takmo citer panjang kita teruskan ke bahan-bahannya… Bahan bahan untuk Makmur Kacang Hazel ini ialah..

1
1kg tepung gandum
  400g minyak sapi
 400g kacang hazel
 200g susu tepung
 250g gula aising
 Cup Kertas
ha senangkan sikit je barangnya cuma kacang hazel tu mahal sket la.Okey cara-cara untuk membuat Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel :

1. Ayak tepung


2. Goreng tepung tanpa minyak sebentar dan kacau-kacau ini untuk mengebukan adunan


3. Pada masa yang sama panaskan oven kemudian bakar kacang hazel sebentar agak-agak masak je, klau tak rangup lagi pun xpe sebab nanti nak bakar jugak lagi sekali nanti hangit plak. bleh jugak goreng tanpa minyak macam tepung tadi. tapi selalunya aku bakar je kejap.


4. Masukkan tepung dalam bekas, kemudian masukkan minyak sapi dan uli uli hingga jadi doh




http://www.fieza.net/wp-content/uploads/2014/08/6.jpg
 
Resepi Biskut Makmur Kacang Hazel

5. Kemudian ambil sedikit doh, masukkan kacang hazel dan bulatkan. Atur di dulang dan bakar  dalam 20 minit dengan suhu 150 darjah.

 Biskut Makmur Kacang Hazel




6. Setelah masak dan masih panas golekkan di atas susu tepung yang di campur dengan gula tapi kalau tak nak susu tepung, letak gula je pun ok lebih manis. klau letak susu tepung jadi kurang manis sket. jadi ikut selera masing-masing lah.


7. Kemuadian masukkan ke dalam cawan kertas & siap!


Resepi Nasi Briyani Udang Daun Ketumbar Oleh Chef Kamarul


Resepi Nasi Briyani Udang

Cadangan hidangan : 10 Orang
Bahan Bahannya :
3 Cawan Beras Basmathi (basuh & toskan)
3 1/2 Cawan Air
1 Cawan Susu Cair
1 Sudu Besar Susu Pekat
8 Ekor Udang Besar (500gm)
50gm Rempah Briyani (jadikan pes)
2 Sudu Besar Minyak Sapi
4 Biji Bawang merah ( dihiris)
3cm halia (dihiris)
4 ulas Bawang Putih ( dihiris)
1 Sudu Besar Air Mawar
3-4 Ketul Rempah Kasar (campuran bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih)
1 Tin Kecil Puri Tomato
1 Tangkai Kecil Daun Ketumbar
1/2 Cawan Kacang Gajus
1/2 Cawan Kismis
Garam secukup rasa
Cara-Cara Resepi Nasi Briyani Udang :

Resepi Nasi Briyani Udang

1. Panaskan periuk & masukkan minyak sapi. Tumis bawang merah, halia, bawang putih dan rempah kasar hingga wangi.
2.Masukkan rempah briyani dan tumis seketika.
3.Kemudian tuangkan puri tomato dan kacau rata.
4. Masukkan udang, biar separuh masak, angkat dan ketepikan.


 Resepi Nasi Briyani Udang

5. Masukkan beras dan kacau rata.
6.Tuangkan air, susu cair, susu pekat, dan garam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam periuk nasi bersama Udang dan biarkan sehingga nasi masak.
7. Taburkan daun ketumbar, kismis, kacang gajus, air mawar sebelum dihidang.


Resepi Nasi Briyani Udang

OK DONE… SELAMAT MENCUBA & KONGSIKAN HASIL KORANG ok.. (saya sendiri pun tak cuba lagi hihihi)

Asal :

Info Lawatan :

Sabtu, 11 Oktober 2014

Gambar2 Majlis Korban BKI HTAR 2014 / 1435

















 Majlis Korban anjuran Badan Kebajikan Islam,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Lokasi majlis "Korban" di adakan di perkarangan surau Al-Syifa HTAR Klg.

LAWATA KE MEDAN INDONESIA 4H/3M Tarihk : 27hb - 30hb Des. 2014

HARI PERTAMA : TIBA DI MEDAN  - BERASTAGI (L,D)

Tiba di Lapangan terbang antarabangsa POLONIA Medan indonesia

Polonia International Airport

Selamat Datang Ke Medan

Disambut oleh pemandu pelancung yang menunggu disana, Dibawa ke Money Changer berlesen untuk menukar duit. Seterusnya di bawa melawat Istana Maimoon

Istana Maimoon

Seterusnya makan tengah hari (Lunh ) di sebuah restoran tempatan. Lepas makan tengah hari perjalanan di terus kan lagi menuju ditinasi seterusnya ia itu Berastagi. Sampai di Berastagi  dan mendaftar di hotel (Check In Hotel). Makan malam (Dinner) di hotel, lepas makan malam aktiviti bebas.
Green Garden Hotel


HARI KE 2 : BERASTAGI  -  PARAPAT ( B,L,D)

Setelah minum pagi di hotel, lawatan pertama ialah melawat  pasar buah-buahan Berastagi ( Central Fruits Market ) boleh membeli buah-buahan, sayur-sayur dan bunga.

Central Fruits Market

  Perjalanan diteruskan lagi menuju Parapat, berhenti seketika di Simarjarunjung, minum teh halia dan makan pisang goreng ( duit poket sendiri)(Personal account).

Simarjarunjung

Perjalanan di teruskan lagi kali ini berhenti sebentar di Air terjun Sipiso Piso sambil melihat kecantikan nya 
Sipiso Piso Waterfall

Tiba di Parapat dan makan tengah hari di restoran tempatan (Lunch at Restoran), Mendaftar masuk Hotel (Check In Hotel) Makan malam di hotel (Dinner at Hotel) Aktiviti bebas.

 Hotel Danau Toba Cottage

HARI KE 3 : PARAPAT - SAMOSIR - MEDAN (B,L,D)

Minum pagi di Hotel,  menaiki Ferry Boat menyusuri Lake Toba selama 45 minit untuk melawat Kampong Tomok melihat Old Grave Stone Of King Sidabutar

 Tomok Village

 Old Grave Stone of King Sidabutar

seterusnya melawat Kampong Ambarita untuk melawat dan melihat kerusi batu buatan King Siallagan.
Chairs Stone King Siallagan

Balik semula Perapat singgah makan Tengah Hari di resturan tempatan ( Lunch at Restoran). Selepas makan tenggah hari perjalanan diteruskan menuju distinasi terahir ia itu Medan melalui Pematang Siantar. Berhenti sebentar di Patent Shop untuk membeli marang makanan buatan tempatan jenama Teng-Teng,Ting-Ting dan lain-lain.

Patent Shop

Tiba di Medan mendaftar di Hotel Madani/Grand Antares (Check In Hotel) makan malam di hotel atau resturan tempatan

HARI KE 4 : MEDAN - DEPARTURE (B)
Kota Medan



Grand Antares Hotel

Madani Hotel


Sarapan pagi di hotel dan seterusnya membeli belah sehingga di maklum untuk pulang ke Lapangan Terbang Internasional POLONIA menuju perjalanan pulang ke KLIA...

Semua perkara-perkara berikut sudah termasuk dalam pakej  :-

- Tiket penerbangan berdasar harga semasa 
- Aiport Taxes ( RPH 200,000)
- Sebotol air mineral dibekalkan setiap hari 
- Minum pagi, Makan Tenggah hari dan Makan Malam
- Perkhidmatan pengangkutan berhawa dingin disediakan
- Sentiasa di iringi oleh pemandu pelancung yang pasih berbahasa Malaysia dan English
- Bayaran tip untuk pemandu pelancung dan pemandu perkhidmatan pengankutan
- Insurance

Peringatan!!
Perkara-perkara seperti Minum,souvenirs,pangilan telipon,cuci pakaian semasa menginap di hotel adalah di bawah tanggungan sendiri.
HARGA SEMUA ITU 
DARI RM 1,350.00

Jika anda berminat untuk turut serta anda boleh menghubungi saya sebelum 30hb Okt.2014  di talian yang tertera diatas.
 (Di permuka Blog)







Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...