Ahad, 15 Februari 2015

Kerabu pucuk kaduk




Bahan2nya

Seikat pucuk kaduk
2 ekor ikan kembung (direbus)
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
garam, cili merah, belacan, asam jawa dan sedikir air limau nipis.

Larutkan garam, belacan dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik dan santan biar sebati. Campurkan dengan pucuk kaduk yang sudah dihiris dan dicelur (celur sekejap sahaja).
Sebatikan lagi bersama isi ikan rebus,bawang merah hiris, cili merah dan air limau nipis.

Sejak ada blog ni, aku dah makin pandai buat kerabu. He he. Dulu2 nak mengingat apa bahan untuk dicampurkan ke dalam kerabu tu agak susah. Sebab aku pikir ia merenyahkan.
Ada kerabu yang aku buat sebelum ni rasa pelik. Pedaq kata orang Kedah. Rasanya sebab aku dah terlebih masukkan bawang besar. Bila pi cerita kat kawan aku, dia cakap mak dia kata, lepas
hiriskan bawang besar, perah dan basuhlah dulu bawang besar tu sebelum dicampurkan ke dalam kerabu. Nantilah aku praktikkannya untuk my coming soon kerabu.

Sekarang ni dah jadi hobi mengutip pucuk mengkudu dan pucuk kaduk untuk dikerabukan. Yelah. Dah ada pucuk mengkudu dan pucuk kaduk jer yang sangat rajin duk menyulur pucuknya kat depan pintu dapur rumah aku ni. Kalaulah ada pucuk cekur, cekurlah pulak yang akan aku kerabukan agaknya. hehe.

Asal :  Copy

Lawatan Ke : Turki
                         Ke Beijing
 

Ulam dan Khasiat Pucuk dan Buah Putat



Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun.


Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh. 
Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, kerabu atau perencah laksa.
Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.
Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.

Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

Lawatan : Ke Turki
                Ke Beijing

Ikan Masak Nenas...

 
 Gambar hiasan

Bahan-bahan

Ikan air tawar...
1/2 kg ikan, disiang dan dibersihkan
(sebaigusnya dengan air asam/limau nipis)
1 biji nenas, kupas dan potong2
sedikit daun kesum
1 sudu makan ketumbar
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Air 500ml untuk kuah

Bahan-bahan perlu di kisar

3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili besar (merah)
5 biji cili padi merah

Cara-cara membuatnya

Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nenas. Kacau rata dan masak sebentar. Kemudian, masukkan 500 ml air masak sehingga mendidih, baru masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali tambahkan daun kesum. Bila ikan masak, dah boleh dihidangkan.

Lawatan : Ke Turki
                  Ke Beijing

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...