Khamis, 3 April 2014

Laksa Beras...

Laksa Beras in the house...















Resepi ni dah digunapakai beberapa kali dan Alhamdulillah... 
dapatlah makan laksa setiap kali buat...

Kepada kengkawan yang rajin ke sini, mesti dah dapat menelah

tema masak-memasakblog kita ni. Temanya jelas... iaitu terpaksa
Teringin-teringin tapi tak dapat... akhirnya terpaksa buat sendiri... 

Yang ini pun sama la jugak. Kebetulan masa teringin tu, 

kita terjumpa dengan acuan laksa / maruku di Safari Mall. 
Apa lagi, sambar ajelah. Yakin boleh jer...

Resepinya kita ambik dari Puan Ilahjy. Dari beberapa resepi yang 

dicuba... yang ini jugak paling serasi dengan kita. Ada sedikit 
perubahan pada  resepi tapi  Insyaa Allah... menjadik. 
Jom pegi dapur!

Laksa Beras...


1 cwn tepung beras

3 sdbsr tepung gandum
1 cwn air panas mendidih

1 cwn tepung beras untuk membentuk doh


Didihkan air dalam periuk dan kemudian kecilkan api supaya air 

kekal panas.Gaulkan tepung beras dan tepung gandum. Dengan 
hati-hati, tuangkan air panas mendidih.Kacau rata tepung dan air 
panas dengan senduk kayu hingga menjadi ketulan doh.Taburkan 
tepung beras selebihnya sedikit-sedikit dan gaul rata untuk 
melekatkan tepung.Bila doh dah rasa suam-suam, bolehlah 
diuli dengan tangan untuk dapatkan doh yang licin.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Masukkan ke dalam acuan
dan tekankan ke dalam air panas.Buatkan hingga habis. Kemudian 
biarkan laksa direneh lembut dengan api yang kecil.
Bila laksa dah mula timbul barulah boleh dikocak perlahan untuk
meleraikan laksa.Renehkan lagi selama 2-3 minit. Angkat, 
toskan dah bilas dengan air mengalir.Rendam laksa dalam air sejuk 
selama 15 minit. Toskan, bilas sekali lagi dan siap untuk dihidang.

Resepi asal menggunakan 3/4 cawan air dan kemudian perlu 

mengagak sukatan tepung untuk membentuk doh. Selalunya
bila buat macam ni... akan ada lebihan tepung yang sedikit.
Kita malaslah nak simpan semula tepung yang seciput tu.
Jadi kita cukupkan air jadi 1 cawan dan guna habis tepung 
yang disukat...

Gunakan air yang betul-betul mendidih untuk menggaul tepung.

Ada 2 kali semasa mencuba, kita gunakan air panas yang dah
terehat untuk beberapa minit. Dohnya tak mau kental walaupun
berkali-kali ditambah tepung. Bila kita cuba masak... laksanya
lembik dan bergumpal. Erti kata lain... tak jadik laaa...

Tekankan laksa ke dalam air yang panas dan bukan air mendidih.

Kalau air mendidih... melecurlah lengan Kak ooii... kena kukus
dengan wap panas air tu haaa... Kalau tak percaya bolehlah
cuba buat macam tu... kita dah terkena dah. Serik... hahaha...

Akhir sekali... merebus laksa sama jugak macam merebus 

mee kuning. Jangan diganggu-ganggusampailah laksanya
timbul sendiri. Barulah boleh dikocak perlahan-lahan yea...
Selamat mencuba!

Makanan Tradisional Melayau (Rendang)




> Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara [2] Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu .. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia selama perayaan. Rendang Walaupun kadang-kadang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama ini kadang-kadang digunakan untuk hidangan daging kari di Malaysia, rendang otentik apa-apa seperti kari Dalam sastera klasik Malaysia, rendang disebutkan dalam Hikayat Amir Hamzah . seawal tahun 1550-an. 


> Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering boleh disimpan selama 3-4 bulan, dan itu untuk acara-acara istiadat atau untuk menghormati tetamu. Rendang basah, juga dikenali sebagai kalio, boleh ditemui di Restoran Minangkabau, dan tanpa pendingin, harus dikonsumsi dalam waktu satu bulan.


Rendang sering dihidangkan dengan nasi, ketupat dan lemang di Indonesia, serta di Malaysia. 

Bahan-bahan:

--1 ½ daging lembu tanpa tulang rusuk pendek
--5 sudu makan minyak goreng
--1 batang kayu manis
--3 buah kapulaga
--1 serai
--susu 1 cawan santan pekat
--1 cawan air
--2 sudu asam
--6 daun limau perut
--6 sdm kerisik
--1 sudu makan gula

Cara-cara membuatnya:

--Potong bahan bumbu yang dihaluskan dan kemudian berbaur dalam food prosessor sampai halus.
--Panaskan minyak dalam periuk rebusan, tambah bumbu yang sudah dihaluskan.kayu manis,cengkih,bunga lawang,dan tumis mereka sampai aromatik.
--Tambah daging lembu dan serai ditumbuk dan kacau selama 1 minit.
--Tambahkan santan air asam dan didihkan dengan api sedang sambil diaduk sampai daging hamper matang.
--Tambah daun limau perut,kerisik,gula,aduk sampai tercampur rata dengan daging.
--Kecilkan api ke rendah, tutup tudung, dan biarkan mendidih selama 1 hingga 1 ½ jam atau sampai daging benar-benar lembut dan sos telah mongering.

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...