Laksa Beras in the house...
|
Resepi ni dah digunapakai beberapa kali dan Alhamdulillah...
dapatlah makan laksa setiap kali buat...
Kepada kengkawan yang rajin ke sini, mesti dah dapat menelah
tema masak-memasakblog kita ni. Temanya jelas... iaitu terpaksa.
Teringin-teringin tapi tak dapat... akhirnya terpaksa buat sendiri...
Yang ini pun sama la jugak. Kebetulan masa teringin tu,
kita terjumpa dengan acuan laksa / maruku di Safari Mall.
Apa lagi, sambar ajelah. Yakin boleh jer...
Resepinya kita ambik dari Puan Ilahjy. Dari beberapa resepi yang
dicuba... yang ini jugak paling serasi dengan kita. Ada sedikit
perubahan pada resepi tapi Insyaa Allah... menjadik.
Jom pegi dapur!
Laksa Beras...
1 cwn tepung beras
3 sdbsr tepung gandum
1 cwn air panas mendidih
1 cwn tepung beras untuk membentuk doh
Didihkan air dalam periuk dan kemudian kecilkan api supaya air
kekal panas.Gaulkan tepung beras dan tepung gandum. Dengan
hati-hati, tuangkan air panas mendidih.Kacau rata tepung dan air
panas dengan senduk kayu hingga menjadi ketulan doh.Taburkan
tepung beras selebihnya sedikit-sedikit dan gaul rata untuk
melekatkan tepung.Bila doh dah rasa suam-suam, bolehlah
diuli dengan tangan untuk dapatkan doh yang licin.
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian. Masukkan ke dalam acuan
dan tekankan ke dalam air panas.Buatkan hingga habis. Kemudian
biarkan laksa direneh lembut dengan api yang kecil.
Bila laksa dah mula timbul barulah boleh dikocak perlahan untuk
meleraikan laksa.Renehkan lagi selama 2-3 minit. Angkat,
toskan dah bilas dengan air mengalir.Rendam laksa dalam air sejuk
selama 15 minit. Toskan, bilas sekali lagi dan siap untuk dihidang.
Resepi asal menggunakan 3/4 cawan air dan kemudian perlu
mengagak sukatan tepung untuk membentuk doh. Selalunya
bila buat macam ni... akan ada lebihan tepung yang sedikit.
Kita malaslah nak simpan semula tepung yang seciput tu.
Jadi kita cukupkan air jadi 1 cawan dan guna habis tepung
yang disukat...
Gunakan air yang betul-betul mendidih untuk menggaul tepung.
Ada 2 kali semasa mencuba, kita gunakan air panas yang dah
terehat untuk beberapa minit. Dohnya tak mau kental walaupun
berkali-kali ditambah tepung. Bila kita cuba masak... laksanya
lembik dan bergumpal. Erti kata lain... tak jadik laaa...
Tekankan laksa ke dalam air yang panas dan bukan air mendidih.
Kalau air mendidih... melecurlah lengan Kak ooii... kena kukus
dengan wap panas air tu haaa... Kalau tak percaya bolehlah
cuba buat macam tu... kita dah terkena dah. Serik... hahaha...
Akhir sekali... merebus laksa sama jugak macam merebus
mee kuning. Jangan diganggu-ganggusampailah laksanya
timbul sendiri. Barulah boleh dikocak perlahan-lahan yea...
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan