Jumaat, 14 Februari 2014

Tasik Kenyir Tempat Yang Mesti Di Lawati

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Fail:Kenyir Lake 2.JPG
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal denganjagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai bandar mati



Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi
Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir.Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi Air Terjun Lasik merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam.Air terjun ini terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga merupakan tarikan utama perlancongan.


Penginapan yang selesa untuk pengunjung




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...