antara bangkai kereta kebal amerika yang tertinggal di vietnam
Blog ini untuk mempromosikan program pelancungan,Tempat2 makan sama ada pelancungan dalam negara mahupun luar negara.
Isnin, 6 April 2015
Ahad, 15 Februari 2015
Kerabu pucuk kaduk
Seikat pucuk kaduk
2 ekor ikan kembung (direbus)
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
garam, cili merah, belacan, asam jawa dan sedikir air limau nipis.
Larutkan garam, belacan dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik dan santan biar sebati. Campurkan dengan pucuk kaduk yang sudah dihiris dan dicelur (celur sekejap sahaja).
Sebatikan lagi bersama isi ikan rebus,bawang merah hiris, cili merah dan air limau nipis.
Sejak ada blog ni, aku dah makin pandai buat kerabu. He he. Dulu2 nak mengingat apa bahan untuk dicampurkan ke dalam kerabu tu agak susah. Sebab aku pikir ia merenyahkan.
Ada kerabu yang aku buat sebelum ni rasa pelik. Pedaq kata orang Kedah. Rasanya sebab aku dah terlebih masukkan bawang besar. Bila pi cerita kat kawan aku, dia cakap mak dia kata, lepas
hiriskan bawang besar, perah dan basuhlah dulu bawang besar tu sebelum dicampurkan ke dalam kerabu. Nantilah aku praktikkannya untuk my coming soon kerabu.
Sekarang ni dah jadi hobi mengutip pucuk mengkudu dan pucuk kaduk untuk dikerabukan. Yelah. Dah ada pucuk mengkudu dan pucuk kaduk jer yang sangat rajin duk menyulur pucuknya kat depan pintu dapur rumah aku ni. Kalaulah ada pucuk cekur, cekurlah pulak yang akan aku kerabukan agaknya. hehe.
Asal : Copy
Lawatan Ke : Turki
Ke Beijing
Ulam dan Khasiat Pucuk dan Buah Putat
Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun.
Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh.
Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buahnya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.
KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.
Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.
Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.
Lawatan : Ke Turki
Ke Beijing
Ikan Masak Nenas...
Gambar hiasan
Bahan-bahan
Ikan air tawar...
1/2 kg ikan, disiang dan dibersihkan
(sebaigusnya dengan air asam/limau nipis)
1 biji nenas, kupas dan potong2
sedikit daun kesum
1 sudu makan ketumbar
2 keping asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Air 500ml untuk kuah
Bahan-bahan perlu di kisar
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili besar (merah)
5 biji cili padi merah
Cara-cara membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nenas. Kacau rata dan masak sebentar. Kemudian, masukkan 500 ml air masak sehingga mendidih, baru masukkan ikan dan garam secukup rasa. Akhir sekali tambahkan daun kesum. Bila ikan masak, dah boleh dihidangkan.
Lawatan : Ke Turki
Ke Beijing
Jumaat, 23 Januari 2015
9D7N ISTANBUL/BURSA/PAMUKALLE/CAPPODOCIA/ANKARA BOLU/ISTANBUL (18 - 26 APRIL 2015)
(DEWASA:RM
4890.00)
Hari 1 |
ISTANBUL-BURSA
·
Tiba di Atartuk Airport, Istanbul disambut
oleh wakil kami dan dibawa terus ke Bursa
·
Daftar masuk hotel
·
Makan Malam di hotel
·
Solat Jamak dan Qasar di Hotel
·
Bermalam di Bursa
|
MM
|
Hari 2 |
BURSA – PAMUKKALE
·
Sarapan pagi di hotel
·
Melawat GREEN MOUSELOUM, GRAND MOSQUE,GREEN
MOSQUE,SILK BAZAAR
·
Makan tengahari di Restoran Tempatan
·
Solat Jamak dan Qasar di Restoran Tempatan
·
Meneruskan perjalanan ke Pamukkale
·
Daftar Masuk Hotel
·
Makan Malam di hotel
·
Bermalam di Pamukkale
|
SP/MT/MM
|
Hari 3 |
PAMUKKALE – CAPPADOCIA
·
Sarapan pagi di hotel
·
Melawat HIEROPOLIS,COTTON CASTLE
·
Makan tengahari di Restoran Tempatan
·
Solat Jamak dan Qasar
·
Meneruskan lawatan ke Cappadocia
·
Daftar masuk hotel
·
Makan malam di hotel
·
Bermalam di Cappadocia
|
SP/MT/MM
|
Hari 4 |
CAPPADOCIA
·
Sarapan pagi di hotel
·
Meneruskan lawatan ke MEVLANA MUSEUM,
CARAVANSARAI EN ROUTE
·
Makan tengahari di restoran tempatan
·
Solat Jamak dan Qasar di restoran tempatan
·
Membeli belah di kedai Jewellery & Kedai
Karpet
·
Meneruskan lawatan ke GOREME VALLEY & OPEN
AIR MUSEUM, KAYMAKLI UNDERGROUND CITY,UCHISAR CITADEL
·
Bermalam di Cappadocia
|
SP/MT/MM
|
Hari 5 |
CAPPADOCIA – ANKARA - BOLU
·
Sarapan pagi di hotel
·
Meneruskan perjalanan ke Bolu melalui Ankara
·
Tiba di Ankara dan membuat lawatan ke
ANITKABIR (MAUSOLEUM OF KEMAL ATATURK)
·
Makan tengahari di restoran tempatan
·
Solat Jamak dan Qasar di restoran tempatan
·
Meneruskan perjalanan ke BOLU
·
Daftar masuk hotel
·
Makan malam di restoran tempatan
·
Bermalam di Bolu
|
SP/MT/MM
|
Hari 6 |
BOLU – ISTANBUL
·
Sarapan pagi di Hotel
·
Meneruskan perjalanan ke Istanbul
·
Tiba di Istanbul Dan daftar masuk hotel
·
Meneruskan lawatan ST.SOPHIA/TOPKAPI PALACE/
HIPPODROME/BLUE MOSQUE
·
Makan tengahari di restoran tempatan
·
Solat Jamak dan Qasar di masjid tempatan
·
Membeli belah di sekitar Istanbul
·
Makan Malam di restoran tempatan
·
Bermalam di Istanbul
|
SP/MT/MM
|
Hari 7 |
ISTANBUL
·
Sarapan pagi di Hotel
·
Melihat keindahan bandaraya Istanbul dengan
panduan dari pemandu pelancung kami
·
Menyusuri Bosphorus Strait dengan bot awam
·
Makan tengahari di restoran tempatan
·
Solat Jamak dan Qasar di Masjid Tempatan
·
Meneruskan lawatan ke AYYUB AL ANSARI NEW MOSQUE,RUSTEMPASA
MOSQUE,SULEYMANIYE MOSQUE
·
Bermalam di Istanbul
|
SP/MT/MM
|
Hari 8 |
ISTANBUL
·
Sarapan pagi di hotel
·
Membeli belah di Grand Bazaar
·
Makan tengahari di restoran tempatan
·
Dibawa ke airport untuk penerbangan lewat
petang
|
SP/MT |
Hari 9 |
KUALA LUMPUR
Dijangka tiba Kuala Lumpur pada 14.10 petang
|
JADUAL
PENERBANGAN
SEKTOR
|
KOD
AIRLINES
|
ETD
|
ETA
|
KUL/DOH
|
QR
845
|
0925
|
1210
|
DOH/IST (SAW)
|
QR
237
|
1330
|
1720
|
IST (SAW)/DOH
|
QR
244
|
1835
|
2340
|
DOH/KUL
|
QR
848
|
0135
|
1410
|
HARGA PAKEJ
DIATAS TERMASUK:
·
Tiket penerbangan
antarabangsa pergi & balik
·
Cukai
Lapangan & Fuel Surcharge
·
Penginapan 2
orang sebilik
·
Sarapan Pagi
di hotel
·
Makan
Tengahari di Hotel/Restoran Tempatan
·
Makan Malam
di Hotel/Restoran Tempatan
·
Tiket Masuk
untuk semua tempat lawatan
HARGA PAKEJ DIATAS TIDAK
TERMASUK:
·
Perbelanjaan Peribadi
·
Kembara Pilihan (optional
tour)-BOSPHORUS CRUISE (USD60) dan HOT Ballon di Cappodocia (USD 250)
·
Tipping untuk Pemandu Bas
dan Pemandu Pelancung – USD5 per day/per person
Hotel-hotel:
Istanbul : SHERATON MASLAK 5 * ATAU SETARAF
Bursa :
ALMIRA HOTEL 5* ATAU SETARAF
Pamakkale:
COLOSSAE HOTEL 5* ATAU SETARAF
Cappadocia:
SUHAN HOTEL 5* ATAU SETARAF
Bolu : KORU HOTEL 4* ATAU SETARAF
NOTA:
DEPOSIT:
RM1800.00 SEORANG
BAYARAN PENUH
(BAKI PAKEJ) PERLU DIJELASKAN 45 HARI SEBELUM BERLEPAS
Langgan:
Catatan (Atom)