Sabtu, 22 Februari 2014

Pais Ikan Kembong (Pedas)



BAHANN-BAHANNYA :
2 ekor ikan kembong saiz besar
1 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca teh pes asam jawa
6 camca besar penuh kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun kunyit
Daun pisang secukupnya, cuci, lap kering dan layur atas api hingga lembut

BAHAN-BAHAN REMPAH :
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
2 biji cili merah
10 biji cili padi kampung
1/2 inci belacan, dibakar
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih dan kelar2 sedikit. Tabur sedikit garam dan ketepikan. Sementara itu tumbuk halus semua bahan2 untuk rempah. Masukkan kelapa parut dan tumbuk hingga kelapa parut hancur dan bersatu dengan bahan2 lain. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah daun kunyit yang dimayang, gaul hingga rata dan ketepikan.
  2. Ambil sehelai daun pisang (kurang lebih berukuran 12 inci X 20 inci) yang telah dilayur lembut. Letak sehelai daun kunyit atasnya. Ambil 1/4 bahagian rempah, ratakan atas daun kunyit tadi. Letak seekor ikan kembong, ratakan lagi 1/4 bahagian rempah. Bungkus dengn daun pisang kemdian semat kiri dan kanan bungkusan dengan lidi pencungkil gigi yang bersih. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi. 
  3. Panaskan kuali atau oven, dan bakar pais tadi. Sebab che mat guna kuali ajaib, masa membakar kurang lebih 8 - 10 minit untuk setiap bahagain. Bila masak, boleh hidangkan bersama nasi panas atau dimakan begitu saja...
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh juga bakar dalam non-stick pan, guna api kecil dan tutup permukaan pan dengan tudung periuk. Kalau guna oven, guna suhu kurang lebih 200C. Dan jika nak lebih asli dan authentic, anda boleh bakar atas bara api. Idea pais ini juga sesuai kalau anda nak buat bbq. buat lebih, siap2 bungkus dengan daun pisang dan kemudian balut dengan aluminium foil, simpan dalam peti sejuk. Tak usah bimbang jika ia sedikit berair, ini akan menjadikan pais anda lembap selepas dibakar dan rasanya lebih enak...Selamat mencuba!!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...