Selasa, 25 Mac 2014

Tasik Temenggor

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini di bina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.
Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta cubic air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.
Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh raya Timur Barat. Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh-penuh di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli (stesen minyak Esso Batu Melintang) dan stesen minyak Petronas pekan Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disini pun ada cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...